Ini ialah satu cara mudah bagaimana memantau kesihatan kucing, iaitu dengan melihat keadaan najis kucing anda sendiri.
Meskipun cara ini mungkin agak memualkan tetapi rupa paras najis kucing memberi petanda samada kucing anda sihat atau tidak.
Ia memberi gambaran adakah makanan yang diberi kepadanya sesuai atau tidak, selain daripada beberapa benda aneh lain yang mungkin dimakannya tanpa pengetahuan kita.
Maka kita perlu tahu apakah bentuk dan keadaan najis kucing yang normal. Terdapat dua jenis carta najis yang dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Purina dan Waltham, iaitu syarikat makanan kucing.
Kedua-duanya boleh digunakan sebagai rujukan am di mana carta ini memberikan markah atau mata mengikut keadaan fizikal najis kucing.
Di antara pertanyaan paling banyak ditinggalkan pembaca blog ini ialah masalah cirit-birit. Saya harap carta ini akan membantu anda semua sedikit sebanyak memberi petanda awal samada kucing anda sihat atau tidak.
Awas! Gambar-gambar di dalam carta di bawah ini boleh mengganggu keselesaan anda. Habiskan dahulu makanan dan minuman anda terlebih dahulu, ya.
Sistem Markah Purina
Carta ini yang paling banyak digunakan, bahkan di sesetengah klinik pun ada ditampal di dinding masing-masing.
Bagi tahi yang normal dan sihat ialah pada markah 2. Jika markah 1 bererti kucing anda sembelit dan untuk markah 3 hingga 4 pula cirit-birit, mengikut tahap-tahapnya.
Markah | Rupabentuk | Keterangan |
---|---|---|
1 |
|
|
2 |
|
|
3 |
|
|
4 |
|
|
5 |
|
|
6 |
|
|
7 |
|
|
Sistem Markah Waltham
Carta Waltham sebenarnya lebih kurang sahaja dengan Purina cuma mungkin lebih terperinci.
Najis kucing yang sihat ialah pada markah 2 manakala yang kurang dari 2 bererti kucing anda sembelit, dan yang lebih dari 2 bererti kucing cirit-birit mengikut tahap-tahapnya.
Markah | Rupabentuk | Keterangan |
---|---|---|
1 |
|
|
1.5 |
|
|
2 |
|
|
2.5 |
|
|
3 |
|
|
3.5 |
|
|
4 |
|
|
4.5 |
|
|
5 |
|
|
Perkara Yang Perlu Diingat
Kedua-dua sistem markah ini ada gunanya tetapi janganlah pula anda beria-ia benar membelek najis kucing anda sebegitu tekun, itu tak ada kerja namanya! Haish.
Begini, kadang-kadang akan berlaku juga kemerosotan dari rupabentuk najis kucing dari masa ke masa, dan ini tidak mengapa.
Sepertimana manusia juga kadang-kadang ada juga sakit perut dan tidaklah bermakna ada masalah kesihatan yang perlu diatasi segera.
Melainkan tanda-tanda itu berulang-ulang dan semakin kerap, maka wajarlah diambil perhatian.
Saya ada anak kucing. Barangkali umur dia dalam 2-3 minggu. Saya beri dia susu khas utk kucing. Saya dapati najis dia cair dan berwarna kuning jadi saya ingin tau adakah itu normal bagi anak kucing itu atau ada sebab-sebab tertentu.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMohon izin sedikit maklumat, saya pereka grafik Global Pets Sdn. Bhd. Ingin membuat Infografik tentang penjagaan kucing. Blog encik penuh dengan info yang bagus. Sekiranya encik sudi memberikan kerjasama, sila hubungi saya melalui email a&p@globalpets.com.my . Terima kasih.
BalasPadamSalam. Saya ada seekor anak kucing..tiada ibu kerana saya menjumpai nya di rumah saya bersendirian..mula nya perut anak kucing tu buncit dan tahi nya keras..kemudian lama kelamaan perutnya semakin kurang buncit dan tahi nya menjadi cirit birit. Boleh saya tau makanan apa yg sesuai utk anak kucing ni. Selalu nya sy bg nasi dan ikan rebus.
BalasPadamSalam. Saya ada seekor anak kucing..tiada ibu kerana saya menjumpai nya di rumah saya bersendirian..mula nya perut anak kucing tu buncit dan tahi nya keras..kemudian lama kelamaan perutnya semakin kurang buncit dan tahi nya menjadi cirit birit. Boleh saya tau makanan apa yg sesuai utk anak kucing ni. Selalu nya sy bg nasi dan ikan rebus.
BalasPadamHello pecinta kucing!
BalasPadamPerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
hai saya nak tanya masuk akal ke jikalau anak kucimg saya umur 5 hari ttpi tdak berak
BalasPadamHai. Anak kucing saya baru berumur sebulan. Saya bagi makan wet food sekali sehari dan bagi susu kucing 2 jam sekali. Mula2 okey. Tapi tiba2 dia berak2. Najis dia mula2 keras. Lama2 jadi cair. Selera makan dan minum dia berkurang. Berat badan pun menurun. Boleh saya tahu tk apa sebab dia?
BalasPadamKucing saya 2 ekor dalam umur 2 bulan keatas..sye ambil mereka dekat cat shelter.. Hari pertama saya bawak balik mereka sngt aktif.. Selepas 2 3 hari active mereka merosot lebih2 yg jantan. Tak lama lepas tu mereka berak cair dan berbau busuk diikuti dengan yg betina .. Pergi vet, doc buat swabtest dekat dubur kucing dan result ada virus. And doc bagi ubat cacing, ubat cirit birit, dan ubat antibiotic dan ajar saya jaga mereka mcm mna setiap 2 jam bagi mereka minum air glucosa n change air mereka.. Cage mereka selepas berak or kencing perlu dibasuh dengan clorox.. Selepas 3 hari mereka kembali aktif n selera makan bertambah, bulu pun kembali cantik and badan pun nmpk semakin berisi..yg jantan still bnyak tidur.. Tetapi najis mereka still lembik tetapi tidak berbau dan juga pernah demam sekejap tetapi dah ok. Jadi najis mereka cair disebabkan oleh ubat yg dibagi or wetfood jenis untuk kucing sakit( 3 kali sehari) ?? Yg betina sngt active walaupun berak cair n kuat makan.. Yang jantan tak berapa nak active n bnyk tidur tetapi kuat makan. Adakah itu normal??
BalasPadamThe Casino at The Star - Mapyro
BalasPadamMapyro® Hotel and 사천 출장마사지 Casino is located on the outskirts of 동두천 출장샵 The Star in downtown London, a short drive from 창원 출장안마 the 부산광역 출장안마 city centre and close 원주 출장안마 to Old London Railway Station