Penyakit ini sudah jarang kedengaran namun risikonya perlu diketahui juga.
Demam cakar kucing boleh menjangkiti manusia jika seseorang itu digigit kucing yang membawa bakteria demam ini.
Bagaimana penyakit cakar kucing berlaku?
Penyakit ini berpunca dari bakteria Baronella henselae.
Jangkitan terjadi apabila kucing melukai kulit seseorang samada dengan cara gigitan atau cakaran.
Boleh jadi sepanjang kehidupan kucing ada waktunya kucing itu dijangkiti Bartonella henselae, meskipun kelihatan sihat.
Siapa yang terdedah dengan penyakit ini?
Ia lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Orang dewasa dan tua jarang dijangkiti demam cakar kucing.
Selain itu, jika tahap imunisasi seseorang itu rendah juga meningkatkan risiko jangkitan ini. Misalnya orang yang sedang sakit.
Manusia dicakar kucing itu perkara biasa namun mujurlah jangkitan demam cakar jarang-jarang berlaku.
Apakah tanda-tanda anda menghidapi cakar kucing?
Apabila kucing menggigit atau mencakar manusia, bakteria itu disuntik ke dalam tubuh manusia.
Lebih kurang dua hingga tiga minggu kemudian, nodus limfa berhampiran dengan luka gigitan akan membengkak.
Kawasan bengkak itu juga menjadi kemerahan dan sakit.
Tanda-tanda lain termasuklah:
- Demam
- Lesu
- Hilang selera makan
- Pening kepala
- Sakit tekak
- Pandangan kabur
- Sakit sendi
Tanda-tanda di atas muncul pada manusia, ya, bukan kucing.
Cara-cara merawat demam cakar kucing
Biasanya bengkak pada nodus limfa ini surut dengan sendiri selepas beberapa minggu hingga berbulan-bulan walaupun tak dirawat.
Anda boleh dapat ubat anti-radang untuk mengurangkan rasa sakit pada kawasan bengkak itu.
Adakalanya bengkak itu bernanah dan nanah ini boleh dibuang di hospital. Biasanya antibiotik pun akan diberikan sekali.
Secara umumnya, ia dirawat sebagaimana demam biasa.
Bagaimana hendak mencegahnya?
Agak sukar dicegah kerana kucing yang membawa bakteria ini tidak menunjukkan tanda-tanda sakitpun.
Anda boleh lebih waspada mengendalikan kucing yang tidak dikenali, atau mengajar kucing tidak menggunakan gigi dan kuku semasa bermain dengan anda, atau potong kuku kucing agar tidak terlalu tajam.
Adakah penyakit ini serius?
Tidak, tapi elakkanlah kucing bermain terlalu aktif berhampiran bayi atau anak-anak kecil.
Jika anda pernah menhidapi penyakit ini, berita baiknya ialah besar kemungkinan anda tidak akan dijangkiti lagi buat kali kedua.
Ini kerana tubuh anda sudah mempunyai antibodi untuk melawannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan