Memelihara kucing di dalam rumah merupakan kaedah terbaik supaya kucing kekal selamat. Purata jangkaan hayat bagi kucing dalam rumah ialah di antara 13 hingga 15 tahun sementara kucing luar rumah pula hidup di antara lima hingga tujuh tahun.
Sudah tentu, kucing akan sentiasa terpukau dengan perkara di luar rumah dan sebahagiannya akan cuba menyelinap keluar pantang diberikan peluang.
Ada kucing yang suka berjemur di luar rumah sementara yang lain gemar memburu dan melawat jiran tetangga.
Sekali kucing merasai nikmat kehidupan luar akan menjadikan usaha meletakkannya di dalam rumah menjadi sukar, meskipun ia tidaklah mustahil jika kita bersungguh-sungguh.
Kucing yang perlu berada di dalam rumah
Ada sesetengah kucing yang memang perlu ditempatkan di dalam rumah sahaja misalnya anak kucing, kucing tua dan mereka yang tinggal di rumah pangsa.
Selain itu mereka yang memelihara kucing baka murni juga perlu mempertimbangkan peliharaan di dalam rumah kerana anda tentunya tidak mahu kehilangan kucing yang dibeli dengan harga ribuan ringgit itu.
Jika dibinakan ruang untuk bertenggek di jendela selain dari permainan aktif dengan secukupnya akan membantu mengekalkan kerangsangan kucing dan melupuskan keinginan mereka untuk merayau keluar.
Kandang luar berjaring
Jika anda mahu melepaskan kucing keluar tetapi dalam masa sama memberikan persekitaran selamat, anda boleh membina kandang luar yang dijaringkan supaya mereka berada di dalamnya dan mengelak bahaya dari luar.
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk melatih kucing supaya berjalan menggunakan cawak atau tali kekang atau anda sendiri memantaunya di luar rumah untuk beberapa ketika.
Namun jangan meletakkan harapan terlalu tinggi agar kucing menghormati tali kekang itu. Kebanyakannya tidak begitu suka diperintah ke sana ke mari.
Bahaya yang dihadapi oleh kucing di luar termasuklah kucing lain, binatang liar, kucing yang bengis menjaga wilayahnya, anjing yang tidak dikenali, jiran yang tidak berperikemanusiaan, cuaca buruk, kutu dan pinjal, risiko dedahan toksin dan penyakit, dilanggar kenderaan selain sesat dan hilang.
Jika anda bersedia untuk menerima risiko ini maka tidak mengapa jika dibiarkan bebas di luar. Jika tidak, ada baiknya jika anda memeliharanya di dalam rumah.
Peliharaan luar tapi kucing pulang mengikut masa
Jika anda membenarkan kucing anda keluar rumah, anda boleh mengajarnya rutin balik rumah pada waktu maghrib dan hanya keluar selepas waktu subuh.
Ini boleh dilakukan dengan cara jadual makanan yang perlu diajar dari kecil. Kucing dewasa lebih susah untuk menerima ajaran ini.
Penting juga untuk diletakkan suatu tanda kepada dirinya seperti rantai kolar, tag nama, mikrocip dan sebagainya.
Penggunaan mikrocip kucing
Mikrocip untuk binatang peliharaan diperoleh melalui permohonan Pasport Peliharaan di Pejabat Haiwan atau klinik-klinik tertentu dengan harga RM 7 sementara penanaman cip pula berharga lebih kurang RM25-RM35.
Saiznya amatlah kecil, lebih kurang sebutir-dua beras sahaja besarnya.
Proses penanaman pula mudah, cepat dan tidak menyakitkan dengan cara suntikan pantas pada bahagian belakang di atas tulang bahunya.
Walaupun jarum suntikan itu besar dan menggerunkan tapi jangan risau kerana prosesnya lebih kurang sama sahaja seperti suntikan biasa.
Mikrocip itu mengandungi nombor pengenalan unik kepada kucing itu sahaja, dan dapat dibaca oleh alat pengimbas.
Namun digalakkan juga kucing dipakaikan rantai kolar kerana ia mudah dilihat.
best2 artikel kucing dalam ni...
BalasPadamTerima kasih, Luna!
Padamwow banyak nya artikel kucing.
BalasPadamTerima kasih, bro, selamat membaca!
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamApa pendapat anda saya mempunyi 10 ekor kucing yg ingin saya bebaskan d kampong2
BalasPadamAdakah perlu d sunnat kan?
Terimakaseh yg lain saya maseh menjaga kerana ada yg bersama ibunya dan maseh kechil lagi.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSaya punyi 10 ekor kucing2 yg saya mahu bebaskan d kampong. Tinggal d kawasan rumah teres khutir d ganggungi oleh jiran.
BalasPadamApa perlu saya sunat kan dan gembirikan? saya maseh ada lagi 10 ekor yg maseh dng ibunya dan maseh lagi kechil.
Ada kah perlu saya membebaskan secara berperinkat2 atau kesemuanya untok membebaskan.
Sila lihat rekabentuk dan binaan rumah kucing di
BalasPadamhttp://bina-rumah-kucing.blogspot.my/p/produk-kami.html