Pernahkah kucing anda menerima suntikan pelalian atau vaksin di klinik? Jika pernah, mungkin kita akan tertanya-tanya apakah maksud FVRCP dan FeLV yang tertera pada kad klinik yang diberikan.
Kebanyakannya tidak pernah bertanya apakah makna perkataan-perkataan tersebut, dan hanya berkata kepada doktor, "Buatlah apa yang perlu".
Tidaklah salah meletakkan keyakinan itu kepada mereka yang pakar, tetapi adalah lebih baik jika kita juga memahami apa yang mereka lakukan.
Sebagai pemilik kucing, amat berguna jika kita mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang beberapa penyakit yang boleh dihindari (atau dikurangkan risikonya) melalui suntikan vaksin.
Kita juga mungkin akan terkejut apabila mengetahui yang suntikan vaksin sebenarnya tidaklah bersifat pelindung mutlak, sepertimana yang kita sangkakan, malah suntikan berkala pada setiap tahun juga mungkin tidak begitu sesuai untuk kucing anda.
Tujuan vaksin adalah untuk mengajar sistem imunisasi kucing melawan beberapa penyakit berjangkit yang menyerang kucing. Adakah sistem ini perlu diingatkan pada setiap tahun?
Perlu ke vaksin?
Vaksinasi atau pelalian adalah antara beberapa perkara mengelirukan sejak bertahun-tahun. Sesetengahnya berpendapat jika kucing tersebut dipelihara dalam-rumah, tidak melepaskan diri dan tidak berhubung dengan binatang di luar maka tidak perlu lagi divaksin selepas tempoh matang.
Ada juga yang berpendapat vaksinasi tahunan adalah tidak perlu tetapi yang penting ialah divaksin secara kerap atau 2-3 kali setahun. Ada juga yang berkata vaksinasi tahunan adalah satu-satunya cara untuk selamat.
Bukan itu sahaja, jenis vaksin yang diberikan juga merupakan topik yang mengelirukan.
Sebab itu jika kita pergi ke 3 buah klinik dan bertanya mengenai perkara ini mungkin kita akan mendapat 3 jawapan yang berbeza.
Namun begitu, setiap pendapat yang berbeza ini mempunyai hujah yang boleh diterima, dan tidak bermakna pendapat orang lain adalah salah.
Mencegah lebih baik daripada merawat
Sistem imunisasi kucing yang tidak terdedah kepada mana-mana penyakit adalah tidak begitu kuat berbanding yang pernah mengalaminya.
Ini kerana mereka tidak berpeluang untuk membina imuniti untuk melawan penyakit tersebut.
Maka, apabila sistem ketahanan kucing dirangsang dengan penyakit, ia berpeluang untuk membina pertahanan melawan penyakit tersebut.
Pelalian membolehkan kucing didedahkan kepada beberapa virus (dengan selamat), dan mengukuhkan ketahanan bukan sahaja melindunginya daripada penyakit tertentu sahaja tetapi untuk semua penyakit, secara umumnya.
Bagaimana dengan kesan sampingannya?
Dalam masa yang sama juga, terdapat risiko yang melibatkan pelalian dan risiko ini meningkat dengan peningkatan kekerapan kucing kita divaksin, misalnya kanser.
Suntikan yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa akhirnya mungkin menjadi kanser yang membunuhnya. Ada sesetengah kucing pula mengalami ketumbuhan daripada vaksin tertentu, seperti kanser sarkoma.
Bukan semua kucing akan mengalami kes seperti ini tetapi risikonya tetap ada. Cuma saya lebih suka bersikap adil, berkongsi pengetahuan dan meraikan pendapat walaupun ianya berbeza.
Peninglah, apa keputusannya?
Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah, vaksin adalah sebahagian aspek penting sebagai langkah pencegahan dalam penjagaan kesihatan kucing.
Menolak terus vaksinasi adalah tidak wajar dan mengutamakan vaksinasi sahaja sambil mengabaikan perkara lain juga tidak wajar.
Ramai yang salah faham dan menganggap vaksin adalah lebih penting berbanding pemeriksaan amali oleh doktor.
Suntikan vaksin kini adalah murah sehingga ada pemilik kucing yang mengabaikan pemeriksaan tahunan kesihatan kucing, dan ini tidak wajar.
Ringkasnya, vaksinkanlah kucing anda kerana jika diserang penyakit berjangkit, habis semuanya akan berjangkit.
Ini tidak bermakna kita perlu semudah, "Oh, vaksin? Semuanya? Ya, cucuklah".
Dan gunakanlah juga pertimbangan sendiri untuk menilai keperluan suntikan penggalak tahunan.
Jangan pula menganggap vaksin sebagai tangkal ajaib, penyelesai semua perkara. Pemeriksaan amali tahunan jauh lebih penting.
mengenai vaksin ni, saya ada mengikut satu forum di sini, ramai yg mencadangkan agar kucing indoor tak diberi vaksin (sperti yg peliscatus tulis) sebab ada beberapa kesan sampingan (seperti yg telah ditulis juga, terutama tumor).selain membazir duit (disini lebihh kurang 90 euros tuk vaksin tahunan...). apa yg penting kebersihan tempat tinggal kita (nak bela kucing, rumah mesti bersih, kalau tak kucing akan berak n kencing sepah2!).ermm, akhirnya terpulangla pada pemilik. saya tak vaksin kucing2 saya sebab kami tinggal di apartement, tapi akan melakukannya bila saya nak bwk dia balik nanti (mematuhi syarat). ada jugak kucing2 yg berubah jadi lesu dan sakit sbb bdk dia tak leh terima vaksin tu. cuma kalau rasa ia perlu n kucing anda suka bersosial ngn kucing kat tepi jalan tu, baik vaksin la...
BalasPadamthanks anjut, baru sy teringat...kalau ada yg bela kucing dan anjing, disyorkan juga vaksin kedua2 binatang.
BalasPadamuhh..pening la..ada yg ckp elok vaksin..ada yg ckp x elok vaksin..
BalasPadamkalau cam sy ada kucing indoor..hrmmm....pening..pening..
fida, tak perlu pening. vaksinasi, pilhannya di tangan sendiri. ia ada pro dan kontra, kita kena buat [ertimbangan atas situasi kita sendiri. saya cuba jelaskan pada kiriman akan datang.
BalasPadamsy cuma nk tanya, brape bayaran yang dikenakan di klinik swasta untuk suntik vaksin?
BalasPadamsya mempunyai 2 ekor kucing persian.. 1 dah berumur 9 tahun dan terlah pernah divaksin.. yang sya jadi tanda tanya perlukah kucing saya yang baru berumur tak sampai 5 bulan di vaksinkan? sya cuma takut akan tambah memudaratkan kesihatan dia... minta sgt2 tolong ebri pendapat...
BalasPadamJujurnya, bermula tahun 2009 saya hanya vaksinkan umur 8 minggu dan 16 minggu sahaja.
BalasPadam