Saya tidak mahu kembiri/kasi/mandulkan kucing kerana:
- Tidak adil kalau kita mandulkan kucing.
- Zalim/kejam kalau kita mandulkan kucing.
- Kita telah rampas haknya untuk membiak.
- Kucing tidak akan gembira kalau tak dapat lakukan hubungan seks.
- Berdosa jika kita melakukannya.
Episod 1
Pernyataan di atas adalah antara beberapa alasan kenapa kita tidak mahu memandulkan kucing. Semasa anda membaca catatan ini, terdapat beratus ribu atau mungkin juga jutaan anak kucing terbiar yang dibuang di pasar, kedai makan dan kawasan kediaman lain.
Mereka terdedah dengan berbagai penyakit seperti kurap, kudis, FLV dan sebagainya. Mereka mengiau pada orang yang lalu-lalang, meminta makanan. Mereka berebut sesama sendiri apabila ada orang mencampakkan lebihan makanan pada tanah.
Kita dapat melihat sebahagian besar kucing di situ berada dalam keadaan yang menyedihkan. Sebelah mata luka dan hampir buta, luka pada badan kerana bergaduh atau ditendang oleh manusia, kaki yang terhencot-hencot kerana dipijak, mulut yang melelehkan air liur kerana menghidap penyakit gusi dan berbagai lagi keadaan.
Kucing-kucing ini berada dalam keadaan sengsara, dan anak kucing yang baru dilahirkan pada saat ini juga akan mengalami nasib yang sama.
Katakanlah kita mempunyai seekor kucing betina. Dia mampu mengalami kitar galak setiap 2 minggu, dan pada masa ini dia akan mencari pasangannya walaupun dikurung di dalam rumah.
Jika tidak dimandulkan, kucing betina boleh beranak sehingga 3-5 kali setahun, dan akan melahirkan 4-5 ekor anak setiap kalinya.
Kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 24 ekor kucing baru di rumah dalam masa 2 tahun.
Mampukah kita menjaganya? Setiap kucing yang ada masih perlu diberi makan, rawatan kesihatan, penjagaan najisnya dan kebersihan diri.
Setiap ekor kucing itu juga akan berak dan kencing setiap hari, bagaimana jika dia melepaskannya di rumah jiran anda?
Kucing jantan mesti, akan dan wajib memancutkan kencingnya untuk menanda kawasan , bagaimana pula jika dia menanda kawasan itu pada tayar kereta jiran, pasu bunga jiran dan kasut yang baru dibelinya?
Akhirnya samada jiran kita marah, atau kita sendiri sudah tidak mampu menjaganya maka kucing itu akan di bawa ke pasar (yang sudah ada beratus ekor kucing terbiar) dan dibuang di situ, supaya beban masalah itu berpindah ke bahu peniaga dan pelanggan di sana.
Atau membuangnya pula di kawasan taman perumahan lain. Ini semua adalah sama seperti anda membuang masalah anda ke pintu rumah orang lain.
Masalah ini tidak terhenti begitu sahaja. Kucing yang kita buang di pasar/kedai makan/kawasan perumahan lain itu tetap akan membiak sepertimana ia membiak di rumah kita. Dan masalah ini akan kembali ke tajuk episod 1 di atas.
Bezanya adalah, kini kita telah senaraikan diri kita sebagai penyumbang masalah.
Sekarang tanya pula diri sendiri, siapakah yang zalim/tidak adil/kejam/berdosa di sini?
Lihatlah dari sudut yang lebih luas. Masalah kejiranan bukan perkara yang boleh dibuat main-main.
susah juga bila hendak bercakap mengenai perkara ini. tapi masalahnya org yg biasanya bercakap kita zalim kerana memandulkan kucing kita tu dia sendiri tidak mahu memikul tanggungjawab memelihara kucing. alasannya jika mereka tidak memelihara kucing mereka tidak adalah haiwan yang hendak dimandulkan. jadi gimana tu? mana yang betul? kita yang ambil kucing terbiar dan pelihara dan mandulkan atas sebab kesihatan atau orang yang tidak ambil pusing perihal kucing jalanan tetapi asyik menyalahkan kita yang memelihara kucing ini kerana memandulkan kucing kita?
BalasPadamtak mengapa kalau tak mahu mandulkan, cumanya yang sy biasa lihat ialah kucing yg tidak dimandulkan ini akhrinya akan dibuang ke pasar-pasar, samada tuannya tak mampu nak jaga atau kucing yg membiak tu membawa masalah kepada jirannya.
BalasPadamtapi buang kucing bukan penyelesaian. masalah tu cuma nampak selesai bg kita tapi sebenarnya kita telah pindahkan beban masalah tu kpd org lain.
sedangkan benda ni (dimarahi jiran, tak mampu jg kucing dsb) akan selesai jika kita mandulkannya.
hm..betul tu. kasihan pd kucing2 terbiar.
BalasPadamnak tanyaa
BalasPadamapa lagi cara lain yang boleh mengelakan kusing dari melahirkan anak selain dari spray.
saya kesian sekiranya kucing tu dah tak nafsu.
apa lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk elak dari kucing betina termengandung selain dari spray. tak sampai hati saya lihat kucing tu dah tak ada nafsu.
BalasPadamdan kalau ada caranya tolong citerkan
hi....cner ye, saya nak latih kucing 8bulan guna toilet...btw kucing ne baru di adopt n bagaimana cara nk bagi makan & berapa kali sehari hidangan utk makanan...tq
BalasPadamcuma manusia yg merasakan kucing itu tak seronok sebab tak dapat seks. mengikut kajian saintis, hanya manusia dan spesis beruk saja yg merasakan nikmat seks. haiwan lain melakukan seks semata-mata untuk kelangsungkan spesis mereka bukan sebab seronok. tidak seperti manusia, kucing tiada pilihan untuk menahan diri daripada mengawan dan membiak.
BalasPadamjadi takde hal kalau kita mandulkan kucing. malah, kucing mandul lebih tenang sebab tak merayau jauh2 (berisiko digelek kereta dll), lebih bersih, umur panjang, lebih rapat dengan tuannya dan lain2.
x guna kita biarkan kucing membiak tapi kebanyakannya menderita dan mati. kita kesian dgn kucing yg x dapat seks, tp apakah kita tak kesian tengok kucing2 jalanan yg tak cukup makan, hidup berpenyakit dan mati merata2 terutama di jalanraya?
kucing tak mampu hidup tanpa manusia (nama pun domestic cat) dan akan sentiasa hidup berhampiran dgn kita. jadi sudah jadi tanggungjawab manusia untuk menguruskan kucing2 ini.
kucing jantan kalo dah dimandulkan..
BalasPadamdiorg masih akan bergaduh ke dengan kucing2 liar yang lain??
Kurang bergaduh, tidak begitu mempertahankan kawasannya. Jika diserang, tetap akan melawan.
PadamMohon dikongsikan untuk ingatan sendiri dan teman teman.tq :)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamApabila kucing betina matang, dia akan mencari jalan keluar walaupun dikurung. Tingkahlaku ini akan berulang-ulang sehinggalah ia dimandulkan atau mengandung.
PadamPerlu atau tidak itu bergantung kepada persekitaran masing-masing. Rujuk Hukum memandulkan kucing.