Setelah anak kucing selesai menjalani tempoh comelnya maka ia akan mula menjadi dewasa dan memasuki tempoh yang saya namakan sebagai tempoh ketidaktentuan hidup.
Ini kerana kucing yang comel itu akan mula menampilkan ciri-ciri liarnya dan akan mula menimbulkan masalah kepada jiran-jiran terutamanya jika tidak dimandulkan.
Menyedihkan juga, kerana pada waktu inilah ramai peminat kucing baru sedar bahawa mereka sebenarnya tidak mampu memelihara terlalu banyak anak kucing lalu membuangnya setelah habis comelnya.
Kucing akan melalui kematangan fizikalnya terlebih dahulu sebelum matang dari segi seksual dan berupaya untuk menghasilkan zuriat.
Kucing betina akan mengalami musim galak beberapa kali setahun. Doktor haiwan dan persatuan yang menjaga hal-ehwal kucing mengesyorkan supaya kucing dikembirikan sebelum kucing mencapai umur matang.
Ini adalah kerana beberapa faktor yang perlu di ambil kira:
- Kucing yang dimandulkan menjadi lebih tenang, tidak agresif dan suka bermanja.
- Kucing yang dimandulkan akan sentiasa berada hampir dengan rumah tuannya & tidak suka merayau jauh.
- Kucing yang dimandulkan sangat jarang bergaduh & tidak terlalu keras mempertahankan kawasannya.
- Kitar hormon seks pada kucing betina membuatkannya tertekan dan mendorong masalah kesihatan.
- Kucing jantan tidak akan pancut merata-rata.
- Bau kucing jantan tidak lagi begitu mencengkam dan tengik.
- Kelakuan kucing yang dimandulkan akan mengurangkan masalah kejiranan dan balas-membalas dendam.
- Kucing betina yang sedang galak akan melolong dengan kuat walaupun pada malam buta dan mengganggu jiran-jiran.
Kucing Jantan Yang Baligh
Anak kucing jantan akan mula menghasilkan hormon testosteron pada kadar rendah ketika berumur 2 minggu. Sperma dihasilkan pada umur 5 bulan, tetapi biasanya hubungan seks akan berlaku antara umur 9 hingga 12 bulan.
Antara perilaku yang menunjukkan mereka telah matang adalah menggigit belakang leher kucing lain, menggerak-gerakkan pinggang dan menindih kucing lain.
Kebanyakan kucing mempunyai 2 buah zakar berada dalam kantung kerandut ketika dilahirkan. Jika buah ini tidak sampai kepada kerandutnya menjelang umur 8 bulan, kebarangkaliannya ia tidak akan ada sampai bila-bila.
Jika buah ini dikekang, maka ia perlu dibuang ketika proses pengembirian untuk mengelak berlakunya ketumbuhan.
Kucing Betina Yang Baligh
Kucing tidak mengeluarkan darah atau haid ketika berada dalam kitar galak atau estrous tetapi sebaliknya akan menunjukkan tanda-tanda melalui beberapa perilaku.
Kitar estrous ini terdiri dari 4 peringkat iaitu anestrus, proestrus, estrus dan metestrus.
Estrus adalah peringkat di mana kucing betina akan membenarkan proses mengawan dan kucing jantan menaikinya.
Proestrus adalah tempoh singkat 1-3 hari sebelum estrus.
Tanda perilaku amat jelas pada tempoh ini, di antaranya:
- Aktiviti hariannya semakin menonjol
- Berguling, bergolek dan bergesel pada objek dan manusia
- Memancut atau menyembur kencing seperti kucing jantan
- Membaringkan badannya rapat pada tanah, seperti mempelawa kucing jantan
- Mengiau, menjerit dengan suara tinggi
- Tidak membenarkan kucing jantan menaikinya
Tempoh proestrus ini adalah di mana kucing betina memberitahu kucing jantan bahawa dia sedang mencari pasangan dan bersedia.
6 hingga 12 bulan
Kucing akan menjadi dewasa semasa tempoh ini. Permainan sosial berkurang dan kadar metabolisme akan menurun bagi kucing yang dikembirikan.
Pada masa ini kucing perlu mengambil kurang kalori untuk mengelakkan kegemukan, dan ini dapat dicapai dengan menukarkan dietnya kepada makanan penyelenggaraan kucing dewasa. Diet ini mempunyai kurang kalori dan lebih serat berbanding kucing muda.
Sistem imunisasi menjadi matang dan kucing akan mempunyai keupayaan semulajadi untuk melawan jangkitan. Proses ini berterusan sepanjang alam dewasa tetapi akan berkurang apabila tiba umur tua.
Perwatakan kucing akan menjadi lengkap, berdasarkan faktor genetik dan pengalamannya sewaktu muda. Perilaku akan menjadi rutin.
Kucing yang berada dalam sekumpulan kucing dalam rumah yang sama akan mempunyai tatatingkat atau pangkat sosial dalam rumah tersebut.
hello...saya ada beberapa ekor kucing.sblm ini memang saya tak biarkn dia kluar rmh..tapi bila dh pindah ke tempat yang baru saya terpaksa biar kn mereka bermain di luar sebab keadaan rumah.mereka bebas keluar masuk.yang saya takut bila mereka dah kluar merayau,adakh mereka akan balik ke rumah lagi?dah lh kucing2 saya tu manja2.sedih la kalau tak balik nanti.
BalasPadamDia akan balik kalau tak mati.
PadamSaya ada 4ekor kucing . Seekor kucing jantan and 3ekor betina.tapi kucing jantan tu suka sangat berak and kencing merata. Apakah faktor yg mnyebabkn kucng tu kencing n berak merata?
BalasPadamDia ikut tuan dia..hehehhee
Padamhahaha
BalasPadamKucig jantan saya bru berumur 6-7 bulan...dan kucing betina mungkin dalam 5-6 bulan...kucing jantan saya dah mula nak mengawan dgn kucing betina tadi...adakah normal? Untuk makluman kucing betina ada 2beradik...tapi dia berkenan yg sekor jer...yg sekor lg dia xpndang pn...
BalasPadam