Bagaimana Menjaga Anak Kucing Yang Ditinggalkan Ibunya

80 ulasan
Anak kucing baru lahir disusukan dengan penitis

Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia.

Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan.

Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat.

Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu.

Bagi Makanan Pada Si Comel

Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala.

Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan.

Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperoleh di klinik haiwan atau kedai binatang peliharaan dengan pelbagai jenama.

Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.

Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing

Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.

Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Taklah, saya bergurau sahaja.

Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah).

Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu.

Si Comel Perlu Selamat & Selesa

Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba.

Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas (tetapkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).

Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas.

Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk.

Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui di mana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.

Anak kucing piatu diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu.

Pengenalan kepada penggunaan bekas pasir juga digalakkan pada ketika umur ini.

Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing piatu kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar.

Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.

Kucing lain akan mengajar budi bahasa dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'.

Malangnya anak kucing piatu yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran adab budi seperti ini. Mendedahkan anak kucing piatu kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membentuk perilaku yang baik.

Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

80 ulasan:

  1. hai.. utk pengetahuan saudara, saya baru lagi terlibat dalam penjagaan kucing. dari kecil lagi saya memang sukakan kucing. tp kerana beberapa faktor, baru sekarang saya berpeluang.(sila rujuk blog saya http://fazelamir.blogspot.com/2009/04/kelmarin-semalam-hari-ini.html). sila beri tunjuk ajar.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum Amir,

    terima kasih kerana meninggalkan komen. Memelihara kucing memang menyeronokkan, percayalah!

    BalasPadam
  3. sekarang ibu kucing tu dah tak ada.. dia bawak sekor je. lagi 3 ekor dia biar kat saya.. saya letak anak2 kucing tu dalam sangkar hamster. tak mampu lagi nak beli sangkar kucing. dalam sangkar hamster tu saya letak pasir kumbahan. saya takut diorang merayap kalau letak kat luar. b0leh tak macam tu? lagi 1, saya hanya bagi minum susu tepung kucing. berebut-rebut kucing tu nak minum. saya jadi risau bila pikir pasal diorang. saya takut diorang mati.. bantu saya mr.feliscatus..

    BalasPadam
  4. letak dalam kotak pun dah ok,berapa umur kucing tu? 3 minggu? dah boleh membuang najis sendiri?

    next week akan update blog ni dgn cara nak jaga anak kucing mengikut umurnya,inshaAllah.

    BalasPadam
  5. amir...kalo pasal mandi,saya rasa elok dimandikan ketika berumur 4 MINGGU.....anda akan melihat anak kucing anda menggigil selepas memandikannya,so gunalah hair dryer(kalo tak de beli yang murah2 ckit)selepas memandikan kucing dan sikatlah bulunya selepas dimandikan....WARNING! PERLAHANKAN BUNYI HAIR DRYER SEMASA MENGUNAKANNYA KEPADA CAT ANDA.....

    BalasPadam
  6. waaa hafiz ni mesti berpengalaman dengan kucing, ada blog tak? boleh kngsi-kongsi.

    btw, terima kasih kerana komen dan memberi pandangan di sini.

    BalasPadam
  7. hai, bagi maklumam semua, kucing kesayangan saya baru meningal dunia pada hari ini. saya sanggat sedih kerana saya telah menjaganya selama 2tahun 7bulan. dia baru jua lepas melahirkan 3ekor anak kucing yang sanggat comel. saya rasa sangat sukar menjaga anak kucing yang baru lahir dan perlu prihatin ibunya tapi ibunya tiada lagi. saya harap anda dapat bantu saya untuk mencari peralatan untuk penjagaan anak kucing kerana tempat saya tiada langsung klinik khas unuk haiwan. tolong lah saya.

    BalasPadam
  8. hi anon, sorry to hear that... :(

    Senarai klinik haiwan (dari blog Catlina).

    setahu saya setiap daerah ada klinik haiwan kerajaan (utk pemeriksaan kesihatan). tapi memang lah...nama pun kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sinis je bila sebut krajaan tu....bkn slh krajaan pun tapi salah manusia yg bekerja di situ yg bekerja tanpa iman....mkn gaji semata-mata...sbb tu servis pun ala kadar je. Yg perlu dibetulkan ialah pekerjanya....suh muhasabah diri tu skit biar amanah semasa menjlnlan tugas.....

      Padam
  9. terima kasih kerana telah memberi tahu tempat2 klinik yang terdekat dgan tempat saya. walaupun, sya msih sdih atas kehilangan si comel. kini,saya terpaksa tabah utk memelihara waris2 yang telah di tinggalkan dan harap dapat selamatkan anak2 ye daripada lejadian seperti ibu mereka. terima kasih saya ucapkan.

    BalasPadam
  10. sy baru terjumpa anak kucing..
    may b dalam umur sebulan lebih..
    ap patut sy bt??
    sy x tahu menjaganya..

    BalasPadam
  11. kalau dapat berikan 3 perkara asas, makanan, tempat tinggal & kesihatan pun dah dikira kejayaan yg baik.

    utk lebih detail, dah byk disentuh dlm blog ni, boleh cek semula artikel yang lepas2.

    btw, tahniah kerana sanggup menjaganya :)

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Hari ini KIKO saya mati, dilanggar kereta, sunguh pilu hati kami sekeluarga, terutama anak perempuan kami. kami sekeluarga telah menjaga KIKO dari 26/10/2008 sehingga ke hari ini 2/09/2009. Yg sedih lagi KIKO baru seminggu melahirkan 3 ekor anak. Saya tak tahu macam mana hendak menjaga baby KIKO yang sedang menyusu dan apakah makanan yang terbaik utk mereka. Sila beri tunjuk ajar...

    BalasPadam
  14. hai...sy baru beli anak kucing parsi berusia 2 bulan....sy selalu tinggalkannya bersendirian dirumah pada waktu bekerja...anak kucing itu selalu menbuat bising diwaktu saya meninggalkannya dirumah...adakah anak kucing itu akan sakit atau mendatangkan kemudaratan kepada kesihatannya

    BalasPadam
  15. salam. saya minat dengan kucing tetapi tidak pernah berniat untuk memeliharanya. namun, tiba-tiba, ibu kucing telah meninggalkan anaknya di hadapan rumah saya. jadi, saya pun memeliharanya. hmmm.... rasa ada tanggungjawab pula terhadapnya. sekarang, saya hanya beri susu lembu. setelah membaca artikel yang ditulis...macam menggerunkan tetapi... agak sukar hendakkan dapatkan susu khusus bagi kucing. huhu.... sekarang, saya letakkannya di dalam kotak di samping kertas yang digumpal sertan kain. awal pagi, tengah hari dan petang, saya akan keluarkan dia - bagi die berjalan di luar kotak. tidak tahu sama ada betul atau tidak tindakan saya.

    BalasPadam
  16. siti, sy pun sedar susah nak dapatkan brg2 keperluan kucing di malaysia. cuba kawal pemberian susu lembu tu atau cari susu yg rendah laktose.

    pengalaman sy, anak kucig yg tidak mendapat susu ibunya mudah mendapat penyakit di masa aan dtg. apa nk buat, kita dahcuba apa yg terdaya..

    BalasPadam
  17. anak kucing Kiki saya skrg suka minum fresh milk...saya dah try bg makanan kucing tp Kiki x mau mkn...mcmana caranya nak bertukar dari minum susu ke makan makanan kucing....umur 2 bulan...

    BalasPadam
  18. semalam kucing saya mati di langgar kereta.. tinggalkan 2 anak yang tak sampai seminggu lagi..

    sedih sangat.. saya tak tahu camane nak jaga.semalam saya bagi susu (lembu), takpe ker..

    pagi ni baru jumpa blog ni..
    nway thank you so much atas info2 yang diberikan..its realy helpful.

    BalasPadam
  19. salam..boleh tak saya bagi anak kucing yg baru berumur seminggu ni susu baby? sbb kat sini susah nak cari petshop atau klinik haiwan..klu bagi susu baby (manusia) brand apa yg elok?

    BalasPadam
  20. Kucing ditinggalkan ibu

    Saya telah termandikan kucing yang saya anak saya jumpa semalam. Masaalahnya sekarang, ibu kucing itu tidak mahu lagi mendekati anak kucing tersebut dan menyusukannnya. Adakah saya telah tersilap dengan memandikannya? Tolonglah saya. saya sgt risau.

    BalasPadam
  21. cute, kemungkinan tu ada kerana sesetengah kucing sensitif pada bau anaknya. terus dekatkan anak kucing tu pada ibunya, kalau dia masih tak nak, terpaksa la kita ganti peranan ibunya....

    lagi mengenai anak kucing

    BalasPadam
  22. hi. saya bru je jg baby kucing yg tak de mak.saya bg susu khas utk anak kucing yg baru lahir. tp skang saya tgk dia mcm semput je b'nafas, nampak lemah, dan dekat tepi muka & kaki bulu dia tanggal, nampak mcm kulit. pe masalah dia sbnarnyer?baru 7 ari jaga.

    BalasPadam
  23. sekali minum..brape byak ye? kucing yg sya jga ni mybe dlm usia 4@5 hari..sya bgi susu biase je,susu lembu

    BalasPadam
  24. saya baru je adopt sekor anak kucing agaknya umur dlm 5-6 bulan, saya jumpa dekat pasar, bulu warna merah muka dia cute sgt, saya tgk badan dia kurus tp bulu tebal...kesian saya bw balik, mandikan, saya letak dlm kotak tapi saya agak risau untuk tinggalkan kerana saya bekerja, apa perlu saya lakukan, perlu ke saya letakkan dlm kotak yg bertutup tp saya buat lubang udara atau biarkannya diluar kotak, saya risau dia akan lari..

    BalasPadam
  25. assalamualaikum...
    saudara blog...saya ada masalah mngenai hal ni-penjagaan anak kucing yg berusia x smpai 1 minggu...br 2 hari sy bwk blk ank kucing ni...usia dah 5 hr, ibu die mati sehari lps lahirkan ank ni...2 ekor..comel2...ibu kucing tu beranak bwh meja kt opis n xde org nk tlg jage buat sementara..klu ikutkan, sy bukan peminat fanatik kucing mcm org lain...tidak terlalu minat..tidak pula x suke kucing..tp sy ambik ats dasar simpati n nk tgk die hidup..lps bc blog ni br sy tau sy dh buat silap...sy bg ank2 kucing ni mnum susu NESPRAY!!..very2 dam 4 myself..patut la die buang najis lain mcm..mcm sakit..n hr ke-2 sy titikkan susu gune kapas, die x nak...br sy tau kenapa..ank2 kucing ni lbh nakkan air masak yg sy titikkan drp susu...from now sy kn berhenti bg susu tu..lg pon sy mmg x tau lnsung psl ni...mk tny, harge botol susu tok ank kucing serta susu nye dlm brp ringgit?i try to find it tomorrow..hr ni sy cm just blh bckan fatihah n kursi byk2...mtk2 Allah pnjangkan omor die n di jage malaikat..mtk peliharaan...lg pon sy xde kt rmh sgt...harap saudara blh beri sedkit info..antr 2 ekor ank kucng ni, sekor dh sejuk bdn die...mcm dh nk mati..harap2 Allah pnjangkan omor die..sy dh balut dgn towel sehingga la sy tau kaedah lain dr blog ni..thanks a lot..please help me...

    bietone

    BalasPadam
  26. hai,saya ada kucing yang telah ditinggalkan oleh ibunya.kaki anak kucing tersebut patah.so,bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

    BalasPadam
  27. Hi~ saya nak tanya nie!! Anak kucing saya ada yg sebelah tangannya cedera, lebih kurang ada nanah sedikit. Saya hendak merawatnya tetapi tidak tahu nak guna ubat apa or how to bandage it. Boleh tak kalau kite guna minyak gamat? Apa lagi yang patut saya buat? Saya sangat risauuuuuu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai, haritu kucing saya kaki dia berlubang plus bernanah then ayah saya suruh saya letak minyak afiat, minyak ni warna hijau and lepas seminggu dah elok. tengoklah kalau tak elok juga, pergi ke klinik ya

      Padam
  28. saye nak tanye..saye ade kucing yg baru melahirkan..namun ibu kucing itu tidak menghiraukan anaknye..saye nak tanye kenapa boleh jadi begini??tolongla balas...

    BalasPadam
  29. boleh saye bagi susu baby???sebab saye tak taula kat mane vet yg terdekat..dan saye nak bagi susu macam mane ye??boleh tak saye titikkan je??sebab tak ade botol susu..saye sedihla...ni pengalaman pertama anak kucing saye ditinggal kan ibu..saye tak nak diorang mati...

    BalasPadam
  30. kucing saya bila berak najisnya ada cacing....apakah masalah kucing saya?
    kucing saya masih kecil lingkungan umur 4 minggu lebih

    BalasPadam
  31. hai... saya mempunyai seekor kucing jantan persian berumur 2 tahun lebih. sejak akhir2 ni dia buat hal dengan kencing merata2. selain dari kucing jantan ni saya juga mempunyai seekor kucing betina persian yang baru melahirkan 2 ekor anak (umur anak2 kucing ni dah 3 minggu). kenapa kucing jantan saya jadi macam ni dan macamana nak mengatasinya?

    BalasPadam
  32. Hai..saya baru mengambil 2 ekor anak kucing berumur 6 minggu..saya memberi mereka milk replacer - neu-zea..alhamdulillah tak de masalah mereka minum..cuma saya perasan semenjak mereka tinggal dengan saya jumaat 3Dec10 mereka tidak pernah berak..boleh bantu saya camne nak buat dia berak? Untuk kencing saya memang menyediakan litter box setakat ni berjaya kencing disana..tolong saya ya..both of them dah dewormed..

    BalasPadam
  33. macamane nak ajar kucing tangkap tikus atau haiwan yang lain??? kucing saye ni penaut skit..bile mpak kucing jantan lain,,terus sembunyi bawah katil!!!

    BalasPadam
  34. feliscatus,

    i ada 2 ekor kucing betina, kecik dan comot yang baru bersalin. kecik baru 2 minggu dengan 3 baby. dan comot baru 1 hari dengan 1 baby, tetapi comot sudah terlalu tua dan tidak menjaga baby dia. consider anak comot sudah terbiar, kesian dia. Lalu saya letakkan dia dibawah penjagaan kecik. bolehkah begitu. Saya amat berharap baby comot boleh survive. adalah alternatif lain yang saya bole buat.. please tolong saya...

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum feliscatus

    Saye ade 6 ekor kucing,asalnye saye jumpa sekor anak kucing bawah kete saye, sekarang dah umur 1.5 tahun.Saye ade masaalah dengan yg besa ni,solan saye:-

    1.Die tak pandai bergurau ngan adek nya,bila bergurau die giget kuat kuat, sian yg kecik tu.
    2.Bila saye nak usap, die mesti giget dan cakar,tapi jari saye die suka kolom je.

    Macam mane saye nak ajar ye, supaya bergurau dgn betul.

    BalasPadam
  36. hai, saya baru kutip anak kucing yg ditinggalkan ibu, umur rasanya dalam 3 minggu sbb dia dah boleh makan makanan pejal/lembut dlm tin tu.masalahnya, dia tak mau minum susu/air. dan dah masuk 3 hari saya bela, dia tak pernah berak. bagaimana saya nak mengatasi masalah ini?

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum feliscatus

    Saye ade kucing betina kacukan turkish anggora warna putih yang sangat comel, matenya mcm kucing yg dalam cite katun,(bulat dan warna hijau)namenya putri.

    Saye ingin nak kawenkan putri dengan kucing bake bengal,adekah sesape yg ade kucing jantan bengal? bolehlah kite berbesan...hehehehe untuk makluman putri masih anak dare lagi hehehehehehe.

    BalasPadam
  38. hai....baru2 nih i dapat anak kucen..2 ekor..sekor jantan sekor betina..umur myb tak baru 5,6 minggu kot...ibunya takder..dah lari,mujo kat umah ni mmg dah ader susu kucen..so i bagila guna picagari...yang jantan kurus sangat...tapi kuat makan..mata asik bertaik jer...selalu jugaklah i kena lap matanyer tuh...makanan pulak...i belikan yang wet ngan yang biskut..tapi si comel2 nih hanya nak makan yang wet..boleh ker bagi yang wet saja?Alhamdulillah..si comel dah pandai berak dalam bekas pasir,so taklah risau bila pi keje..lagipun i tak sediakan sangkar,so si comel bebas dalam umah nih...cuma tuh je la...si comel nih taknak makan biskut..kalo letak yang wet..takut semut urung...boleh tak kalo biarkan si comel nih kat umah..ngan meletakkan makanan yang biskut jer...agak2nyer si comel nih makan tak?

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum,

    adik sy tlh membawa 2 ekor anak kucing yang baru lahir pulang ke rumah. Dia kata kawan dia bagi. Saya tengok kucing tu dah lembik semacam. Mungkin ibunya mati sewaktu melahirkan mereka. Saya TERbagi minum susu Marigold kerana sy x taw ape patot sy lakukan..!! MasyaAllah, sy mmg x taw nk buat apa masa tu. Mujurlah sy terjumpa blog ni dan mempunyai plbgai kaedah utk membantu sy memelihara mereka. Semoga sy brjaya!! Dihrp semua memberi sokongan utk membantu pemeliharaan kucing terbiar ini berjalan lancar. Trimas kpd tuan punye blog..

    BalasPadam
  40. hai ,,,
    saya it baru punya anak kucing .
    tapi mamanya itu takut pada manusia .
    terus mamanya it prgi dec niggaLin anak'y ..
    kami berusaha untuk merwat'ny , kasih minum susu .
    tap masaLah nya , ank kucing itt susah banget mau nyusunya ,,
    pertanyaannya ;
    gimana caranya kasih susu pada anak kucing saya . tnpa ribet !
    pLizzzz tips nya , soaLnya saia baru pertama kaLi memeLihara ank kucing yng baru kLuar aLias baru Lahir ....
    maksih sebeLumnya ...

    BalasPadam
  41. thanks for this good info
    btw....zana baru jer ambil anak kucing yang usianya around 4 week gitew...bukan coz' emaknya takde...tp maknyer beranakkan anak2 nyer tu kat office..so, ada pegawai suruh buang anak kucing tu...zana tak sampai hati..so terus ambil bawa balik rumah and bela.

    So far...dah 2 hari jaga
    zana bagi susu utk kucing and guna nursing bottle..so far, yang sekor tu ok..pandai menyusu guna bottle...tp yang sekor lagi tak reti lagi nak minum susu guna botol..so, terpaksa lah zana paksa gark..coz' bimbang dia lapar...

    cuma nyer...dia tak kencing tak berak lagi nie...risau gark....so, mmg kena bagi rangsangan utk both kitten tu berak and kencing yerk....

    BalasPadam
  42. hai... tips yg dipaparkn mmg berguna utk saya sbb saya sendiri bru mendapat anak kucing yg kematian ibu. cuma ada satu masalah yg buat saya buntu ialah anak kucing tu klu bab makan, ok. tp saya tk pernah nampak dia minum (is that normal?). So macamana? Jika ada sesiapa sudi bg penyelesaian, saya amat berterima kasih

    BalasPadam
  43. Assalam, sy baru je nak try jaga kucing. dalam 2 minggu n sy bg susu fresh milk yg sy beli. rasanya susu lembu lah.. baru 2 hari ni kucing sy mcm tak sihat badanm dia kurus sgt, sy risau. Dia xmo makan, xmo minum, sy risau takut dia mati, umur dalam 4 minggu. Apa perlu sy buar. sy ada bg panadil ingat dia deman, betul ke tindakkan sy?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.. Memberi panadol kepada kucing adalah tindakan yang salah.. saya rasa sebaik nya kamu bawa kucing kamu pergi klinik haiwan.

      Padam
  44. saya baru sja khilangan 5ekors baby kucing yg bru lahir yg dtglkn ibu=(saya sedih sangat coz mbuatkn kucing2 itu mati=(rasa takut nak jga bby kucing lagi..

    BalasPadam
  45. Aku seneng banget miara kucing, makasih banyak panduan cara melihara kucing

    BalasPadam
  46. Sy sdey baru 3hri jage baby kucing y bru lhir..dye dh lmah, mule2 maw nyusu tp sb mcm skit, susu xmaw. Mcm slsema ke smput..bbunyi.Knp jd mcmni ye? Ank sulong,sekor plak 2.. Nmpk'y maknye dh jilat2 ank'y sb dh syg. Mtx2 pjg la umo'y..

    BalasPadam
  47. Erm,mmg tuhan lg sygkn ank kucing 2.. pergi jgk dye. Myb xckup bln ke nth ap..tp cian kucing sy pico ni dh xtntu hala,tgk ank'y xd.. Dye pnye angkut blik ank'y y dh mti y sy ltak kt luar dlu sblm nk tnam n asyik mgeow. Kmne sy g dye ikuwt,lst sy nyorokn ank'y n trus tanam...cdey'y tgk pico n ank'y y dh xd lg. Mtx2 pasni byk la ank'y...

    BalasPadam
  48. erm tak payah la korang buat pertanyaan dlm blog ni,apa yg aku perhatikan,setiap pertanyaan TIADA JAWAPAN dari tuan punya blog.sudah la,jgn buang masa anda.baca je info yg ada.nak tanya....tanya la pada blog kucing lain yg aktif cth petfinder ke.cuba cek,las dia jawab thn 2010.tak reti2 lagi ke?????

    BalasPadam
  49. hai...saya ada seekor kucing yg abg sye bwk blik dri pjabat dye..saye bgi kucing ni susu..tpi dye x minum..umur kucing ni sye x tahu,tapi maybe dlam lngkungan 1 bulan lebih...sye bgi dye mkan whiskas up to 1 years...tpi dye jrang mkan..sye x tau nk buad camne..tolong sye..kcian kucing ni..dah kurus dah x mkan..tolong sye mr.feliscatus..

    BalasPadam
  50. hai mr feliscatus...,saya bru bela anak kucing yatim (saya jumpa dia)...kemungkinan anak kucing tu baru lahir sebab ada tali pusat kat badan dia. tali pusat tu akan tercabut sendiri kerw atau kita yg tolong cabutkan???

    BalasPadam
  51. saya ada 3 ekor ank kucing yg baru 2hari lahir.ibunya tidak sihat,lepas lahirkn anknya keesokn harinya ibunya hilang.mungkin dh mati.jadi mcam mna dan apa yg hendak saya lakukan utk mnjaga ank kucing yg baru 2hari lahir ni?saya betul2 tidak tau.

    BalasPadam
  52. Mr feliscatus.. Saya ada bela anak kucing ni. Tapi dia selesema dan selalu bersin.. Macamaja mak rawat kaedah tradisional? Maksudnya tidak perlu pergi ke klinik.. Kerana saya tidak berduit

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum.. saya ada menjaga 4 ekor anak kucing yg tiada ibu.. rasa nya usia mereka 2 minggu lebih.. kerana sudah mmbuka mata.. nk tanya saya memberi mereka susu khas buat anak kucing tetapi mereka selalu cirit.. adakh saya salah membacuh susu??

    BalasPadam
  54. Hai.saya nak tnya.mcm mana nk toilet train baby kucing dlm usia 1 bulan ke atas ? Boleh emailkan kepda saya tak ? Takot saya terlepes pandang comment nie.bkn takot mmg pasti akan tlpas pndg.sy harap bolehlah emailkn kpd sy cre2 nk ajar. nana7794@yahoo.com jasa awak saya minta sgt2

    BalasPadam
  55. assalamualaikum, sy merupakan slh seorg pljr ipt . bru2 ni sy dan housemate yg lain tlh mnjumpai seekor ank kucing yg bru shja lahir malah tdk membuka mata lg ditinggalkn ibunya dihadapan rumah kami. kami berniat hndk mnjga ank kucing tersebut tp tiada sbrg pngetahuan asas tntg cara mnjga ank kucing dan dirumah kami juga tiada sbrg peralatan yg sesuai utk mnjaga ank kucing itu. tp kami amat kasihan hndk membiarkannya bgitu shja. ap yg ptut kami lakukan? tq.

    BalasPadam
  56. Saya ada kucing yang berusia 4-5 hari. Tapi ibu kucing tu lngsung x pdlikn anak dia, trmsuk x mmbri ssu dan mnjganya. Mcm mna nk slsaikn mslh ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beri makanan yang baik kepada ibunya. Jika perlu, kurung ibunya dalam bilik atau sangkar bersama-sama anaknya. Tapi beri makanan yang cukup dahulu.

      Padam
  57. Kenapa ibu kucing lupa pada anak yang dilahirkan( meninggalkan nya)

    BalasPadam
  58. Kenapa ibu kucing lupa pada anak yang dilahirkan( meninggalkan nya)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak sakit, tidak sihat akan diabaikan. Jika tidak cukup makanan, ibu akan pilih anak paling sihat untuk dijaga. Ada juga ibu yang resah, terutamanya yang pertama kali melahir anak.

      Padam
  59. Hai. Tengah hari tadi saya rasa ada orang buang dua ekor anak kucing baru lahir dekat porch rumah saya. Mata ank2 kucing tu due2 dah terbuka. Agak2 nye berapa dah usia ank2 kucing tu? Saya kesian kat anak2 kucing ni. Saya nak jaga tapi tak pandai and takut terlepas pandang sbb sy ni bdak skolah lagi. Kat rumah x de orang nak jaga. Saya dah cuba meletakkan kucing saya dengan anak kucing tu tapi kucing saya terus keluar dari sangkar tu. Macam mana nak besarkan anak2 kucing ni walaupun tiada pemantauan yang kerap dan apa makanan dan susu yang terbaik untuk anak2 kucing ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, masih bersekolah tapi kasihkan binatang. Tapi banyak bersabarlah ya jaga anak kucing piatu ni kena cermat sikit.

      Rencana dan ulasan² di atas tu dah banyak maklumat yang diceritakan. Ringkasnya, kena jaga 3 perkara:

      1. Haba
      2. Makanan
      3. Berak/kencing

      ..mengikut turutan itu. Haba lebih penting berbanding makanan, dan seterusnya.

      Untuk sediakan haba, isikan air biasa dan air panas dicampur bersama dalam botol air dan alaskan dengan tuala/kain tebal. Kalau anak kucing tu menjauhkan diri maknanya terlalu panas. Kalau mereka tidur berhimpit maknanya tak cukup panas. Kalau tidur berdekatan bermakna habanya sesuai.

      Untuk makanan, kena cari botol susu dan susu rumusan kucing. Cuba cari yang serbuk sebab jenis cecair mudah rosak. Jenamanya macam-macam.

      Umurnya mungkin seminggu sebab mata dah terbuka, bererti makanan diberi 3 jam sekali, iaitu 8 kali sehari. Fuh, sabarlah ya.

      Umur 2 minggu boleh dikurangkan kepada 4 jam sekali, 3 minggu 6 jam sekali, 4 minggu cerai susu, 8 jam sekali.

      Kemudian bab berak kencing. Anak kucing perlu kencing selepas susu. Gosok bahagian kemaluannya dengan tisu lembab suam, atau putik kapas. Tisu lebih senang. Pastikan dia berak sekali sehari.

      Selepas 3-4 minggu biasanya dah boleh berak kencing sendiri.

      Banyak maklumat sudah diulang sebut dibawah:
      Anak kucing.

      Padam
    2. Lupa nak tulis, bawalah anak kucing tu ke klinik. Ada setengah klinik budiman ni diberikan diskaun kalau kita jaga kucing angkat.

      Perkara yagn saya sebut tadi nampak macam leceh tapi sebenarnya cuma perlu bertahan 2-3 minggu sahaja. Kucing cepat membesar :)

      Padam
  60. Saya ni tak pandai sangat tentang kucing. Harap boleh tolong saya. Terima kasih

    BalasPadam
  61. Macam mana kalau anak kucing tak nak makan makanan dalam paket macam whiskes?nak beri ape ye

    BalasPadam
  62. Assalamualaikum,
    Saya ada 5 ekor anak kucing yang berusia sebulan lebih dan tinggal bersama ibunya.
    Tapi masalahnya anak kucing ni makin hari makin kurus termasuk ibunya sekali.
    Ini yang membuat saya risau
    Perlukah saya membeli susu kucing untuk kucing tersebut?
    Tq

    BalasPadam
  63. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  64. Hi. Saya baru jumpa anak kucing umur dalam 2-3 minggu. Mungkin ditinggalkan ibunya atau ada manusia yang buang. Sebelum ni saya ada juga membela kitten berumur 2 minggu(orang buang dekat depan rumah) mereka semua reti minum guna botol susu, tetapi yang kitten baru ni dia tak reti/tak nak minum. Saya dah cuba sumbatkan tapi dia tolak2. Saya takut dia mati. What should I do ???

    BalasPadam
  65. Hai sy ingin berkongsi pengalaman. Tips ini sy dpt dr pet shop. Masa sy mula2 ambil anak kucing berumur 3 hari, sy da siap google nak cari apa susu yg boleh diberikan dn disyorkan utk bg formula khas utk anak kucing.so sy pun merayau la ke kedai2 pet shop utk mencari formula tu. Tp xda yg jual, sedih. Akhirnya sy ke subuah pet shop n pemilik kedai memberi tips, boleh juga di berikan susu dutch lady Low Fat kps si comel. So far, xda masalah sy bg mereka minum, cuma di suamkan sahaja. Gelojoh sungguh minum si comel ni. Harap dpt membantu sesiapa yg baru nak mula.

    BalasPadam
  66. Hai, sy nk tnya. Apa tindakan yg sy perlu buat kalau mak kucing tak mengaku anak dia. dan lgi teruk sy x thu ank kucing tu sape yg punye. boleh tak kalau sy gantikan mak kucing tu dgn kucing lain ? mohon pertolongan.trima kasih

    BalasPadam
  67. Salam. Awk mcm mana nak jage kucing baru lahir beberape jam? Mslhnye mak dia tk reti nk jaga. Jilat anak dia pun tak. Ni kelahiran sulung dia, cuma ada seekor dan msih brsmbung uri. Sy dh kurung letakkan skali tpi still sy tengok anak kucing ni pun memasing macam tk reti. im afraid to see it dying.

    BalasPadam
  68. hai . salam perkenalan . saya sekarang tengah menjadi ibu pada seekor anak kucing baru lahir . tali pusat pun tak tanggal lagi . saya ada 3 soalan .

    1) saya gunakan susu serbuk yang perlu dibancuh . adakah susu ni selamat untuk anak kucing atau sebaik nya guna susu segar .

    2 ) anak kucing saya ni dia selalu buang air besar . kadang2 saya tggu smpai dia abis . is it normal ?

    3) memang kebanyakkan masa , anak kucing ni akan tidur ye ?

    saya risau dia x mampu hidup . harap ada jawapan

    BalasPadam
  69. Boleh share info susu untuk kitten yg bagus dan murah? Tq ols

    BalasPadam
  70. Assalamualaikum saya nak Tanya betul ker kalau kucing yang melahirkan 5 ekor anak kucing tu akan mati seekor ?

    BalasPadam