Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Ibu Kucing Melahirkan Anaknya

61 ulasan
Kucing sedang melahirkan anak

Kita boleh menjangka bahawa si ibu kucing akan melahirkan anaknya dalam masa terdekat apabila dia menunjukkan kecenderungan mencari dan menempatkan sarang bagi kelahiran anak-anaknya.

Susu akan kelihatan pada putingnya lebih kurang 1-2 hari sebelum melahirkan anak. Anda juga boleh memeriksa suhu badan ibu kucing pada bahagian dubur sebanyak 2 kali sehari jika anda mahukan kepastian.

24 jam sebelum kelahiran, suhu badannya akan menurun pada tahap 37 darjah Celsius.

Apa Yang Berlaku Ketika Kelahiran Kucing?

Masa yang diambil untuk kelahiran bergantung kepada samada ibu kucing pernah melahirkan anak atau berapa banyak anak kucing yang dilahirkan pada masa itu.

Tempoh kelahiran boleh berlaku dalam masa beberapa minit, jam malah mungkin juga seharian jika anaknya ramai.

Anda boleh melihat lendiran mukus dikeluarkan apabila proses kelahiran bermula.

Pengecutan akan berlaku dan anak kucing akan dilahirkan. Ibu kucing akan menjilat dan membuang lendiran pada anak kucing.

Jika tidak, anak kucing akan lemas dan jika ini berlaku maka anda perlulah campurtangan untuk mengelakkannya mati. Ibu kucing kemudiannya akan menggigit tali pusat yang menyambungkan anak kucing.

Semasa anak kucing dilahirkan, berat mereka hanyalah beberapa gram sahaja dan sangat-sangat terdedah kepada bahaya.

Mereka amat bergantung kepada ibunya untuk terus hidup kerana mata mereka masih tertutup, telinganya masih belum berfungsi dan mereka hanya mampu merangkak.

Ibu kucing akan meneruskan kelahiran beberapa anak kucing lagi. Dia akan terus menjilat dan membersihkan anak-anaknya dan secara perlahan-lahan akan menolak mereka ke arah puting susunya.

Anak kucing mampu menyusu dalam masa kurang 1 jam selepas dilahirkan.

Anak kucing akan menerima imuniti awal pencegahan penyakit dengan cara menyerap antibodi yang ada pada kelenjar susu ibunya.

Anak kucing hanya mampu menyerap antibodi yang ada pada badan ibunya dalam masa 24 jam terawal semasa ia dilahirkan. Maka adalah amat penting bagi anak kucing untuk menyusu dari ibunya secepat mungkin selepas dilahirkan.

Ibu kucing mungkin akan memakan tali pusat anaknya, walaupun kelihatan agak jijik tetapi ini sebenarnya adalah perkara biasa sahaja.

Ibu kucing akan mengalami lelehan yang keluar dari faraj dalam tempoh 2 minggu atau kurang selepas melahirkan anak. Lelehan ini akan kelihatan seperti darah dan mungkin juga berwarna hijau dan berlendir.

Tetapi lelehan ini tidak sepatutnya kelihatan seperti lendiran pekat berwarna putih kekuningan seperti nanah atau bisul. Jika ini berlaku, bawa ibu kucing ke klinik seberapa cepat.

Jika kucing anda (si ibu) suka merayau-rayau, cuba kurungnya di dalam bilik bersama-sama dengan anaknya supaya mereka tidak terbiar.

Anda juga perlu prihatin dengan masalah kutu, jika si ibu mempunyai kutu, ia boleh merebak ke anak kucing dan boleh menyebabkan anemia yang mengancam nyawa anak kucing.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

61 ulasan:

  1. salam , kalau kucing baru lepas melahirkan . perlu ke kurung ibunya bersama anak2nya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya tak perlu, melainkan ibu suka merayau, yang biasa juga berlaku semasa kelahiran pertama.

      Padam
  2. Kucing saya bru je melahirkan..tpi 2 ekor je ank yg bru keluar..sya rsau ank yg lain mati dlm kandungannya..apa yg prlu sya bt??trus mnunggu, sbnya kcing sya mlahirkn 2 ekor ankny belum ckup tempoh 1 hri

    BalasPadam
  3. Kucing saya selalu tidur dalam keadaan terlentang (bukan kaki ke atas, tapi meniarap).
    Kalau ada yang tahu apa faktornya, mohon kongsikan. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. kucing saya first time melahir anak.

    BalasPadam
  5. Kucing saya niy anaknye ada lagi but dia dok cari je kat dlm tandas,adik saya pulak dia penah terkurung sekor anak kucing dlm tandas,so itulag sbbnye dia slalu cari anaknya,and dia selaly resah,ape solution

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan resahnya akan menghilang apabila anaknya meningkat dewasa. Saya pun tak tahu apa penyelesaian masalah ni.

      Padam
  6. Hi, kucing sy baru kali pertama melahirkan anak. Baru hari ahad 14/2/2016. Anak 3 ekor. Si ibu ada makan, tapi tidak mahu minum. Hanya minum beberapa jam selepas melahirkan anak. Apa perlu saya buat.sy juga terpaksa mengurung si ibu bersama anak2nye,cuma sesekali sy akan lepaskan si ibu supaya boleh regangkan otot badannye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mampu berikanlah makanan basah dalam tin. Tapi ibu yang baru kelahiran memang merudum sedikit selera makannya. Dalam 2-3 minggu seleranya akan naik mencanak, asyik nak makan je kerja.

      Kalau air terlalu kurang, boleh paksa minum (jika perlu).

      Padam
  7. Kucing saya melahirkan anak dua ekor sahaja. Dan masih ada anak lagi dalam kandungannya tetapi anak tersebut tidak dapat dilahirkan. Bagaimana ye? Harap sgt dpt membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti ke masih ada anak dalam kandungan? Kadang-kadang kucing melahirkan hanya seekor dua anak sahaja. Kalau dia kelihatan tenang, saya rasa hanya itu sahaja anak yang dia ada.

      Biasanya kalau anaknya mati dalam kandunganpun, anak mati itu tetap dilahirkan seperti biasa.

      Kalau betul masih ada (dan ini jarang sangat berlaku), perlu dibawa ke klinik kerana masalah ini rumit. Setahu saya tak ada cara selain pembedahan.

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Kucing saya baru pertama kali melahirkan anak dan dah dapat 3 ekor..masih menunggu yang seterusnya sebab masih ada lagi dalam kandungan..soalan saya, apa perlu saya buat kalau ketiga-tiga ekor anak tu kaku diam je..bukankah perlu diberi susu ibunya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada pendapat sye,klu mk die x bg susu bg ank kucing tu susu yg dikhaskan utk kucing.susu kmbing bkn susu lmbu

      Padam
  10. Assalam.. Bagaimana cara nak ubati kucing yang baru beranak tetapi dia sendiri xberdaya menjilat punggungnya menyebabkan pendarahan yang banyak..sy xtaw nak buat apa..adakah patot saya mengelap dan meletakkan minyak di bahagian punggungnya itu..

    BalasPadam
  11. kucing saya ni 8 bulan.die ni suka gesel2 badan kt saye,makan banyak.kuat tidur jugak. perut die melondeh sikit ke bawah.adakah kemungkinan kucing saya ni bunting?

    BalasPadam
  12. waktu saye pulang ke kl smula,pk cik sye kte 2 hri dh die x blik.kjadian ni brlaku minggu lps hari isnin pukul 2.45.mungkin ke die kluar pergi mengawan?kitorg skluarga adopt kucing ni dri kedai vet.ade org tggl.kesianla tgok die

    BalasPadam
  13. Kalau kucing tu mengeluarkan cecair kehijauan dri bhagian belakang dia? Cecair tu sangat banyak sehingga mnyebabkan bhagian bwah bdannya kotor dan berbau

    BalasPadam
  14. salam.. kucing saya tengah pregnant.. tinggal lagi seminggu +- je nak beranak.. sekarang ni ade masalah banyak kutu melekat kat bulu. da letak macam2 ubat kutu tapi tak berkesan? ade care penyelasaian tak? perlu ke nak lion cut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SILA TENGOK DI LINK NIda-https://id.wikihow.com/Menghilangkan-Kutu-paKucing

      Padam
  15. assalammulaikum kucing saya nii kali pertama beranak, jadi diaa nak saya dan adik saya bersamanya namun bila disediakan tempat untuk dia beranak dia ak nak guna dan dia seperti tidak tahu untuk meneran...adakah ini normal bagi kucing yang kali pertama bunting dan ingin beranak

    BalasPadam
  16. Salam. Sy bru ambil kucing dan ank2 kucing yg bru melahirkan ank2 dia di pasar... ibu kucing tu dalam keadan panik atau risau takut2 sy akan attack ank dia.. jd dia menjadi garang dan mengiau tanpa henti... macam mana nk tenangkan dia ye.. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. BAGI DIA MAKAN,LETAK DALAM BEKAS BERISI IKAN.mungkin dapat membantu dia bertenang.

      Padam
  17. Assalam . Semalam kucing sy baru melahirkan anak buat kali pertama tetapi hanya dua ekor dan anak pertama yang dilahirkan telah mati. apakah itu biasa bagi kucing yang baru melahirkan anak dan macam mana kita nak tahu yang ada lagi anak dlm perut dy ?

    BalasPadam
  18. Klu air tuban kucing sudah pecah..berape lame kah mase perul baby kucing dilahir kn

    BalasPadam
  19. Klu air tuban kucing sudah pecah..berape lame kah mase perul baby kucing dilahir kn

    BalasPadam
  20. Klu air tuban kucing sudah pecah..berape lame kah mase perul baby kucing dilahir kn

    BalasPadam
  21. Klu air tuban kucing sudah pecah..berape lame kah mase perul baby kucing dilahir kn

    BalasPadam
  22. Kucing saya beranak 6 ekor.
    Masalah nya selepas seminggu ibu tidak mahu menjilat anak anaknya langsung.

    BalasPadam
  23. Kucing saya beranak 6 ekor.
    Masalah nya selepas seminggu ibu tidak mahu menjilat anak anaknya langsung.

    BalasPadam
  24. salam.kucing sy baru melahirakan tapi ibu kucing enggan memberi susu kepada anaknya. bila kmi bgi anak2 nya dia lari dan enggan memberi susu. apa tindakan yg perlu kmi lakukan? dan mengapa ibu kucing bertindak sedemikian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin si ibu kehabisan susu,boleh beri susu kambing kepada si ibu

      Padam
  25. Salam, ibu kucing saya sedang melahirkan anak tapi sudah hampir 1 jam lebih masih nampak kepala anak dia sahaja...bagaimana ya?

    BalasPadam
  26. hii saya nak tanya kucing saya jenis sush nak melahirkan dan dia asik bersin jew ape perlu sya lakukan? dan bdn dia kotor boleh ker sya mandikan dia? please asap sebab risau

    BalasPadam
  27. Salam... kucing saya tali pusat masih bgantung bsama tu daging2 .. macam mana ?perluka sya gunting

    BalasPadam
  28. Hai. Kucing saya baru sahaja melahirkan anak semalam. Cuma 2 ekor sahaja. Tapi masalahnya ibu kucing belum lagi menyusukan anak dia mungkin disebabkan dia lemas dan saya tengok ibu kucing tu seperti sakit selesema. Seperti tidak selesa akan keadaan dia.Apa patut saya lakukan agar ibu kucing berikan susu pada anak kucing tu?

    BalasPadam
  29. salam.sy nk ty kucing saya bru lhrkn anak tpi cuma seekor je tpi perut nampak besar lagi,sy tgu lama untuk thu dia akn mlahirkan anak lg??

    BalasPadam
  30. Salam,kalau kucing nak bersalin perlukah asigkan die dengan kucing lain,ada kemungkinan tak kucing lain tuhh makan anak die tapi kucing lain tuhg seibu dengan die

    BalasPadam
  31. Hi..kucing sy pertama kali bersalin. Dah 24 jam. Anak 4 ekor keluar semua ok. Tapi masih ada darah keluar drpd faraj siibu. Kenapa ya. Normal ke. Perlu bawk ke klinik ke?risau la. Mohon jawapan drpd pihak Tuan. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boleh segeralah ke klinik veterin berdekatan untuk mendapatkan rawatan dari doktor

      Padam
  32. Tapi kan contoh kucing sya ni dah lahirkan anak kucing yang berusia 3 bulan.... Jadi ibu kucing ni boleh tak bunting semula selapas anak nya berusia 3 bulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu kucing boleh on heat semula seawal 2minggu selepas kelahiran. kalau taknak dia bunting lagi, kena mandulkan.

      Padam
  33. Kucing lepas beranak 3 bulan boleh ke dia beranak lagi selepas dia 3 bulan.. Just nak tanya sebab kucing sya tu dah lahirkan ank yg berusia 3 bulan lepas tu perut dia makin lama makin besar pulak

    BalasPadam
  34. Saya nk tnya la kenape anak kucing yng dh besar akan marah kepada ibunya selepas ibu dia melahirkan ank kucing buat kali kedua?

    BalasPadam
  35. Hai saya nak tnya kalau ibu Kucing tu pindahkan anak die ke tmpt lain tpi esknya die dtg kt kite tpi tkbwk anak... Mksdnye die biarkan kt tmpt kjp lpstu nnt die dtg balik bawak anak die ke atau die tk Akan bawak balik anak die?

    BalasPadam
  36. Hai, nk tanye... Kucing sye br je beranak tp ye selalu beranak tp ank dia mati... Dn selepas je beranak, dia x jaga anak ye.. Camna eak?

    BalasPadam
  37. Ada kah ibu kucing mkn anak nya? & boleh ke kita pegang anak kucing yg baru lahir tanpa beralas?

    BalasPadam
  38. Salam...kucing saya baru melahirkan anak,anaknya ada 4 ekor.Saya tengok dia selalu minum air je...tapi tak makan...adakah itu perkara biasa?

    BalasPadam
  39. Salam kucing saya bru melahirkn anak untk pertama kli tpi dia x mkn tu uri so anak dia mcm melekat antara satu sma lain mcm mna nk bersihkn ye sbb saya x pndai

    BalasPadam
  40. Kucing betina saya baru saja melahirkan anak. Tetapi ada kucing jantan yang cuba untuk mengawannya. Adakah kucing betina saya (yang baru melahirkan) akan hamil lagi? Tolong beri pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kak ,risau berpenyakit pula nanti😔

      Padam
  41. Kucing sya baru pertama kali lahirkan anak...tapi kenapa ibu kucing miow miow seperti minta sesuatu..lepas dia tgok ank atau lps susukan ank..dia keluar mesti miow miow

    BalasPadam
  42. Bagaimana kalau kucing saya yang tidak memakan urinya dan tidak menyusukan anaknya?

    BalasPadam
  43. saya ada seekor kucing dia ni mengandung dan kelmarin dia dah beranak tapi anak tak tahu kat mana .... sy risau dan takut anaknya mati ... sy nk buat mcm mn yer sy risau sangat..

    BalasPadam
  44. Kucing sy lepas beranak die bising...kenapa ye ?

    BalasPadam
  45. Bagaimana untuk penjagaan susu ibu kucing supaya

    BalasPadam
  46. Bagaimana untuk penjagaan (ibu kucing) yang sakit di bahagian menyusukan anaknya.. contohnya bengkak dan tidak dan tidak selesa untuk menyusukan anaknya.

    BalasPadam