Apabila kucing betina berada dalam kitar heat dan berpeluang untuk mengawan, kebarangkalian besar adalah dia akan mengandung.
Purata tempoh bunting kucing adalah sekitar 63-65 hari. Beberapa perubahan fizikal akan kelihatan pada kucing betina jika dia mengandung.
Kucing jantan tidak mengambil peranan dalam penjagaan anak kucing dan adakalanya sesetengah kucing jantan akan bertindak agresif terhadap anak kucing. Sebaliknya pula, kucing betina akan menjadi sangat defensif dan melindungi anak-anaknya, termasuk daripada anda sendiri.
Jika anda sedang menjaga kucing betina yang melahirkan anak, anda perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan anak-anaknya kerana ibu kucing mungkin akan menjauhi anak kucing jika bau anda kuat melekat pada badan anaknya.
Sesetengah ibu kucing juga akan menjadi agresif terhadap anda jika anda cuba mendekati anaknya semasa kehadiran ibunya.
Tanda-tanda Kucing Bunting/Mengandung
Pemilik kucing yang tidak berpengalaman mungkin terlepas pandang tanda kucing betina berada dalam keadaan galak. Sesetengah kucing memperlihatkan tanda-tanda yang jelas berada dalam galak berbanding kucing lain.
Jika anda mempunyai kucing yang sedang galak dan kemudian berhenti dan tiba-tiba kitar itu tidak kelihatan, maka kucing betina anda kemungkinan besar sudah mengandung.
Kebiasaannya, kucing betina tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus ketika tempoh bunting. Mereka kelihatan boleh menjaga diri masing-masing.
Selain daripada memberikan makanan yang mereka mahukan dan melindungi mereka dari penyakit dan parasit, selebihnya boleh diserahkan kepada mereka sahaja untuk menjaga dirinya.
Bercakap tentang makanan, cubalah berikan yang terbaik untuk mereka. Jika anda pemelihara yang gemar memberikan nasi, cubalah kurangkan separuh nasi itu dan ditambahkan dengan makanan basah.
Berikan makanan yang tinggi protein haiwan dan kurang karbohidrat. Zat yang tinggi diperlukan oleh ibu kucing demi melahirkan anak-anak kucing yang sihat.
Disebabkan tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:
- Peningkatan selera makan
- Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
- Bahagian perut semakin membulat
Jika anda khuatir, anda boleh bawakannya ke klinik untuk pengesahan lanjut. Jika klinik mempunyai x-ray, anda boleh mengimbasnya pada hari ke 50-54 untuk melihat jumlah anak kucing di dalamnya. Purata kelahiran adalah antara 3-5 ekor anak kucing tetapi bergantung kepada keadaan jugalah.
Saya mahu kacukkan kucing betina saya dengan kucing jantan kawan saya , ape yang perlu saya lakukan ?? perlu ke saya membawa kucing saya ke rumah kawan saya ? atau letakkan di dalam sangkar yang sama ?
BalasPadamPastikan kucing betol2 on heat..jantan and betina...biarkan Salah seekor Induk berada dlm sangkar dalam masa setengah jam..tengok reaksi dua2...sama ada on heat or tak...bila dah positive..boleh lepaskan pasangan ..
PadamPastikan kucing betol2 on heat..jantan and betina...biarkan Salah seekor Induk berada dlm sangkar dalam masa setengah jam..tengok reaksi dua2...sama ada on heat or tak...bila dah positive..boleh lepaskan pasangan ..
Padamsaya tak sure kucing saya bunting atau tidak .. sebab dia punya perut sudah keras
BalasPadamSaya baru ambik kucing betina yg kemungkinan bunting.. Entah saya pun tak tahu. Sekarang ada dalam sangkar. Dan kucing jantan yg sedia ada di rumah ni mcm tak ngam dgn dia.. Dah masuk dua minggu.. Saya selamatkan kucing bru dgn asingkan dlm sangkar sbb diorang semua x ngam lagi.. Tapi kenapa kucing jantan tu mcm nak gaduhh.. Pelik la dgn betina pun nk gaduh.. Boleh tahu ke kucing tu bubting?
BalasPadamKucing tu gay kot?
PadamKucing saya tidak mahu makan dan bila bejalan tak boleh jauh ia akan teduduk saperti sakit bahagian punggung dan baring murung.
BalasPadam