Kucing jantan berkemampuan untuk terus aktif secara seksual apabila mereka mencapai umur matang. Kucing betina pula hanya aktif secara seksual hanya apabila mereka melalui tempoh heat atau estrous.
Jika kucing betina tidak berada dalam tempoh galak, dia tidak akan berdiam diri jika kucing jantan menaikinya. Jika kucing betina dalam keadaan galak, dia akan membenarkan perlakuan mengawan, dan apabila selesai dia akan menggigit dan menyerang kucing jantan supaya membiarkannya bersendirian.
Persenyawaan akan berlaku selepas proses mengawan di dalam rahim kucing betina. Kelakuan mengawan akan merangsangnya untuk melepaskan telur dan ovulasi boleh berlaku lebih dari satu telur.
Disebabkan itulah kita biasa melihat kucing betina akan mengawan dengan beberapa ekor kucing jantan yang lain. Ini membolehkan beberapa kucing jantan menjadi bapa kepada lain-lain anak kucing dalam satu kelahiran.
Kucing betina mungkin akan membenarkan sehingga 4 atau lebih proses mengawan samada dengan kucing jantan yang sama atau kucing yang lain sepanjang tempoh galak ini.
Kucing jantan biasanya akan bersedia sepanjang masa untuk mengawan tetapi ini bergantung kepada kucing betina tersebut.
Kucing jantan mungkin akan cuba menaiki kucing betina ketika ia bukan dalam keadaan heat tetapi mereka akan diserang oleh kucing betina tersebut.
Kadangkala juga kucing jantan akan cuba menaiki kucing jantan lain sebagai perilaku dominasi kawasan.
Kebiasaannya kucing jantan yang sihat akan subur spermanya. Masalah kesuburan yang biasa berlaku pada kucing jantan adalah:
- Kekurangan rasa syahwat.
- Bilangan sperma yang kurang.
- Bulu atau rerambut tersangkut pada bahagian zakar (ini betul, jangan ketawa tau!)
- Kriptorkidisme iaitu ketiadaan satu atau kedua-dua buah zakar.
- Kurang koordinasi (kedudukan tak betul semasa mengawan).
Jika anda cuba untuk mengahwinkan kucing, biasanya kita akan letakkan kucing jantan itu dengan kucing betina yang berpengalaman ketika percubaan yang pertama.
Ini kerana jika kedua-dua kucing itu adalah teruna-dara, masing-masing tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan. Ini akan menyebabkan kucing jantan berasa kecewa dan hilang minat jika dia tidak berjaya melakukannya.
Kebanyakan pembiak baka profesional akan memelihara seekor atau dua ekor kucing jantan utuh (tidak dikembiri) untuk 4 ekor atau lebih kucing betina dalam peliharaan mereka.
Memelihara kucing jantan utuh boleh menjadi pengalaman yang 'berbau' kerana kelakuan memancut mereka dan badannya yang sedikit hamis.
Disebabkan seekor kucing jantan boleh mengawan dengan beberapa kucing betina maka hanya sedikit sahaja kucing jantan diperlukan dalam satu program pembakaan yang baik.
Keseluruhan proses mengawan ini boleh berlangsung beberapa minit dan berulang beberapa kali sehari. Kucing tidak begitu peduli siapa pasangannya dan selepas mengawan, masing-masing tidak akan peduli akan pasangannya.
Jika anda pernah melihat proses mengawan ini, anda akan perasan bahawa ianya adalah aktiviti yang agak kasar. Kucing jantan akan menaiki kucing betina dan menggigit bahagian belakang lehernya.
Selepas mengawan, kucing betina akan menjerit, memusingkan badan dan menggigit kucing jantan sehingga dia melepaskannya.
Melainkan anda seorang pembiak baka murni, anda hendaklah mempertimbangkan agar dijalankan pengembirian ke atas kucing anda.
Sudah terlalu banyak kucing-kucing dibuang setelah tuannya jemu atau tidak mampu memelihara kucing yang beranak-pinak atau dimarahi jirannya kerana kucing yang terlalu banyak.
Hi M,
BalasPadamKucing jantan saya yang berusia lebih kurang setahun lebih menunjukkan tanda2 ingin mengawan, iaitu mengiau tak henti2 sepanjang malam.
Masalahnya, saya hanya membawanya pulang ke kampung sekali sekala pada hujung minggu di mana dia akan dapat berjumpa dengan kucing lain termasuk kucing betina.
Pada hujung minggu lalu, kucing saya telah memulakan inisiatif terhadap kucing betina dengan menghidu2 dan mengekori kucing tersebut pada setiap kesempatan.
Pada hari ketiga, dia telah mula menggigit tangkuk dan naik ke atas badan kucing betina tersebut. Kejadian ini berlaku beberapa saat, namun aktiviti mengawan terhenti setakat itu dan tiada penetratif berlaku, sehinggalah kucing betina tersebut lari. Hal ini berulang-ulang beberapa kali sehinggalah saya membawanya pulang semula ke apartment saya di bandar.
Soalan saya adalah samada ini menunjukkan bahawa kucing jantan saya tidak tahu perlakuan seksual yang sebenar?
Saya mempunyai fikiran sedemikian kerana sebelum saya membawanya tinggal di apartment, kucing saya belum mencapai tahap matang secara seksual, dan ini merupakan pengalaman pertamanya.
Jika pandangan saya ini benar, bagaimana cara penyelesaiannya memandangkan kucing tersebut nampak stress; mungkin sebab belum sempat/berjaya mengawan, dan membuat bising (mengiau) sepanjang malam. Selain mengganggu tidur penghuni rumah, saya juga bimbang bunyi bising kucing saya akan menggangu jiran tetangga.
Harap M dapat membantu memberi saya sedikit idea dan pandangan bernas.
TQ!
-K-
Hi,
BalasPadammaaf ye sebab lambat reply, bz sikit.
memang kdg2 berlaku juga kucing jantan gagal untuk bersama dengan kucing betina terutamanya jika itu pertama kali, apatah lagi jika dia tidak pernah didedahkan dengan kcuing lain sepanjang hdupnya (atau sekali sekala shj).
berkenaan dengan stress, sebab itu berulangkali saya syorkan agar kucing jantan di neuter (mandul) kerana ini akan menjadikannya lebih tenang dan juga atas sebab faktor-faktor lain.
pastikan dahulu ubahan perilaku kucing saudara tidak disebabkan oleh faktor kesihatan, bawanya ke klinik dahulu utk pemeriksaan. Jika kesihatannya ok, mungkin saudara boleh memperkenalkan kucing baru sebagai teman.
ini mungkin akan meredakannya tetapi dalam masa yg sama akan mendatangkan masalah juga, iaitu kehadiran anak-anak kucing pula. adakah saudara bersedia utk memberi makan & tempat tinggal kepadanya?
satu lagi cara adalah dengan menghabiskan masa lebih banyak dengannya, bermain dia tidak keseorangan dan letih (kerana bermain). mudah-mudahan dia akan lebih gembira.
hai... saya nk tau bape lame ye musim mengawan kucing???
BalasPadamadkah selama sebulan??? semgu??? ato bebarape hri sahaja????
tolong ye....
Macam mna nak kahwinkan kucing yg dua dua dara
BalasPadamKucing saya betina.. tpi saya x mau bgi dia.mngawan... tpi kcing saya bunyi x brhnti2... apa yg patut saya buat...
BalasPadamDan klau fia x mngawan ada tak effect yg akn brlaku dekat dia..
Afiqah, malangnya tak ada apa pun yang boleh dibuat. Saya sendiri dah cuba macam² cara; cecair penyembur hormon, teh bunga, catnip, kurung dalam bilik gelap.
PadamSemuanya tak menjadi.
Selagi mana tak dimandulkan, itulah tingkahlaku yang akan dihadapi. Dia akan melolong lebih kurang 2 minggu, rehat 2 minggu dan sambung semula jeritan galaknya untuk 2 minggu lagi.
Dari segi kesan, lebih kepada tekanan, baik kucing mahupun tuannya.
Hanya pemandulan sahaja caranya. Boleh baca di sini:
http://www.alamkucing.com/2009/06/memandulkan-kucing-betina-spay-bhg-12.html
SALAM .KUCING SAYA BARU BERANAK .X SAMPAI SATU BULAN ..MUSIM MENGAWAN..MACAM DIA PRAGNANT LAGI .ANAK NYE SEEKOR NAK MENYUSU DAH KERING X ADA SUSU. SO BGAIMANA NAK BAGI SUSU KE ANAKNYE....TQ
BalasPadamJika ibu susuan sihat dan diberi makanan yang cukup, biasanya susunya juga cukup. Jika tak, boleh cari di kedai susu kucing.
PadamSaya ingin bertanya apabila kucing jantan mengawan adakah dia akan meninggalkan rumannya? Saya tak mau jadi mcm tu...: '(
BalasPadamRumahnya
PadamKebanyakan kucing jantan utuh (tak mandul) akan sedaya-upaya menyahut panggilan galak kucing betina, atau mengekori bau-bauan yang ditnggalkan oleh mereka.
PadamInfo yg menarik lg berguna...tp sy nk tau,kalau kucing betina tgh ingin mgawan tp tiada pasangan,boleh ke kita mandulkn dia time tu?
BalasPadamSatu lg,nk tanya apa beza kembiri dgn mandul? Please reply,tq yea...
Apa jawapan untuk soalan ini? Boleh kongsikan x?
PadamAda x mna2 kdai haiwan yg bg kucing lps kn hri mngawan dorg??kucing jntan saya dh smpai tempoh matang dia..dia blom ada bini lgi
BalasPadamAda x mna2 kdai haiwan yg bg kucing lps kn hri mngawan dorg??kucing jntan saya dh smpai tempoh matang dia..dia blom ada bini lgi
BalasPadamHai. Sya ingin bertanya. Knpe kucing mengawan terlalu lama. Maksud nye proses mengawan tu melebihi 5 kali. Adakah ia normal utk kucing mengawan ?
BalasPadamKenapa kuncing jantan saya tk melakukan persetubuhan ketika kucing betina sy tgh menawan ? Bagaimna nak naikkn nafsu kucing jantan sy ?
BalasPadamkucing sy jnis yg penakut dan sgt aktif.sy perhati kcing saya ada nmpk nak mengawan dan start kjar kcing betina sampai selalu dikejar kcing jantan krna menganggu bininya.sy perhati kcing sy ada jgk kejar kcing betina yg lain tapi garang .mcm xberhasil..akhir2 ini sy tgk bulu byk gugur dan xberselera nak makan..nmpk murung shja dan lngsung xaktif .ajak bermain pun xnak..macam mna nk kahwinkan dia dgn anak kcing betina yg sy pelihara ..ptutkh slalu kurung dia untuk sesi mengenal..harap dapt balas dgn cepat
BalasPadamHai..saya ade soalan saya da buat appointment Neuter untuk kucing betina saya..tp kucing saya terlepas dr rmh saya pegi mengawan dgn kucing jantan yg lain..appointment die lg brape hari je..selamat ke klau saya terus kan die bawa ke vet untuk neuter??
BalasPadamberbahaya ke klau kucing bunting tapi masih mengawan?ad kesan ke kat baby dy?
BalasPadamkucing jantan dah sunat boleh mengawan dan mengadungkan kucing betina lagi ke?
BalasPadam