Tanda-Tanda Tekanan Pada Kucing

11 ulasan
Kucing tertekan di klinik

Untuk mencuba memahami bagaimana kucing melihat alam ini adalah sangat sukar. Kita melakukan yang terbaik untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada mereka tetapi tidak semestinya kita mampu memenuhi keperluan mental individu kucing.

Perubahan terhadap persekitaran rumah atau jadual waktu harian kita mungkin nampak remeh bagi kita, tetapi memberi impak yang besar terhadap kucing kita.

Apabila mengalami tekanan, kucing akan menterjemahkannya kepada beberapa bentuk atau tanda-tanda.

Lawatan ke klinik kadangkala membuatkan sesetengah kucing mengamuk, ganas dan ketakutan. Kebosanan pula membuatkan sesetengah kucing melakukan gigitan, mengunyah karpet, wayar elektrik, dan mencakar.

Perilaku begini adalah tanda-tanda kucing meluahkan sesuatu terhadap sesuatu perubahan atau keadaan.

Ada sebahagian kucing yang membersihkan bulunya secara keterlaluan sehingga terdapat tompok-tompok botak dan ruam pada badannya sebagai tindakbalas terhadap tekanan. Keadaan ini dipanggil psikogenik alopesia iaitu kebotakan cetusan psikologi.

Sebahagian kucing yang tertekan pula akan membuang najis di tempat lain dan melakukan penyemburan di serata dalam rumah. Namun begitu perlakuan seperti membuang najis di luar bekas pasir juga merupakan tanda-tanda masalah kesihatan.

Kucing, ialah binatang, tidak sepertimana manusia yang dapat menghilangkan tekanan dengan cara berbual, menonton televisyen atau memetik gitar.

Kebanyakan kucing dan binatang lain akan jatuh sakit apabila mereka mengalami tekanan. Berikan perhatian kepada kucing anda dan lihat jika ada perilaku yang berpunca daripada tanda-tanda tekanan.

Pencegahan awal dapat mengelakkan perilaku yang tidak diingini dan dapat membuatkan kucing anda kembali gembira.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

11 ulasan:

  1. Salam. sy nak tanyer.. kebelakangan ni sy rajin mandikan anak kucing yg berumur 7 minggu. Mereka suka sgt tido kat jamban yg sy sediakan. Sedangkan sy pulak tak suka mereka dlm keadaan kotor dan senang dijangkiti penyakit. Tiap2 hr juga sy beri mereka vitamin dan beri ubat kutu setiap 3 hr sekali. Adakah perbuatan sy ini akan mengakibatkan stress pd mereka kelak?

    BalasPadam
  2. Memandikan kucing bermula dari awal adalah satu cara yang baik untuk membiasakannya.secara umum, latihan pada peringkat awal lebih adalah lebih mudah berbanding mengajar kucing dewasa.

    saya tak fikir ini boleh menyebabkannya stress memandangkan ianya masih anak kucing dan boleh diatih dengan senang. tapi tidak perlu sebenarnya memandikan kucing terlalu kerap. begitu juga dengan ubat kutu.

    ada baiknya juga anda melakukan sesi menyikat dan pilih lah sikat ang sesuai bagi mngelakkan bulunya tergumpal selain melihat jika terdapat kehadiran kutu.

    terima kasih kerana bertanya, dan maaf ye keana lewat balas :)

    BalasPadam
  3. salam,i juz wanna ask a few question regarding my cat behavior..i dunno whether it is a sign of stress or juz a cat behavior.erm,my male cat suke g umah jiran yg ade kucing jantan tua 'rock' lps tu die suke lepak kat umah jiran wat mcm umah sndiri die suke cari gaduh dgn rock padahal rock tu baik je slow je hu3 lg satu my cat suke mkn mknn arnb jiran tuh hu3 quite confuse jgk dgn my male cat ni wat malu je

    BalasPadam
  4. kucing awk neuter ke tak?nampak mcm kucing awk nak establish territory. tunjuk kuasa huhu.jgn jd pembuli dah la hehe. stress & perilaku ni ada sangkut paut

    BalasPadam
  5. Ada kucing kawan saya mempunyai perangai pelik dan kelakar..(bagi saya la..)

    kucing tu suka menghisap tetek dia sendiri sampai kelihatan basah sekitar puting dia..n lagi kelakar..adik beradik dia yg betina pon mnyusu kat dia..masalahnya kucing tu kucing JANTAN! hahaha!

    tabiat tu saya perasan sejak berumur 4 bulan hingga skarang (1 tahun da..)Apa masalah kucing tu yer? nak jadi bapok ke? hahahaha!

    BalasPadam
  6. pelik juga tu kan hehehe. awk pasti ke dia jantan

    BalasPadam
  7. Bagaimana pula jika kucing mengigit kaki@anggota badan kita sdgkan makanan & air ada tersedia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau gigit main-main bererti kucing tak cukup permainan. Bermain-mainlah dengan kucing.

      Padam
  8. saya nak tanya..kucing saya sejak dua hari lepas selalu mengiau minta nak keluar..utk pengetahuan,kucing sy tue sy hanya lepas dalam rumah utk dia bermain..sebab saya tinggal di apartment..masalah sy skrg ialah bila dia selalu sgt mengiau garang dekat pintu masuk..dan tak berapa nak main sgt..risau lah.. :(

    BalasPadam
  9. Saya nak tanya..kucing saya spisis bengal..dh nak msuk 6 bulan..tapi tu la sejak dua menjak ne suka berak merata..tak tau lah kenapa..mungkin tekanan kot..

    BalasPadam
  10. Available at some on-line casinos, no deposit bonuses reward new clients for merely signing up. They are all the time interesting to players, given truth that|the reality that} no monetary investment is required. While the bonus quantity is probably to|prone to} be fairly small, this bonus type is ideal for beginners. Payment Methods – With gambling in South Korea being unlawful, players have to be cautious how they transfer funds to and from on-line casinos. E-wallets, such as Skrill and Neteller, are the preferred alternative for a lot of}. Meanwhile, an rising variety of players are utilizing cryptocurrencies, together with Bitcoin and 카지노사이트 Ethereum.

    BalasPadam