Mengatasi Masalah Kucing Enggan Makan

70 ulasan
Kucing sedang makan

Lajak kurus atau anoreksia adalah keadaan hilang selera makan iaitu situasi kucing tidak mahu makan atau makan terlalu sedikit.

Cerewet dan tidak makan ialah dua perkara yang berbeza. Sesetengah kucing tidak mahu menjamah makanan lain kecuali makanan kegemarannya sahaja dan ini dipanggil cerewet.

Tetapi kucing anoreksia ialah kucing yang tidak menghiraukan langsung apa yang anda berikan kepada mereka. Jika kucing tidak makan selama 24 jam, anda patut risau.

Jika keadaan ini berterusan sehingga 48 jam, anda perlu membawanya ke klinik secepat mungkin.

Kucing, terutamanya yang mengalami berat badan berlebihan boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil lipodesis hepar jika mereka tidak makan.

Kucing yang mempunyai lipodesis hepar akan memecahkan lemak badan untuk menukarnya kepada tenaga tetapi lemak ini akan membinasakan organ hati, mencederakan sel hati dan menjadikan kucing bertambah sakit.

Pencegahan awal terhadap kucing anoreksia adalah diperlukan untuk mengelak daripada berlakunya lipodesis hepar kerana ia akan mengancam nyawa kucing anda.

Mengapa kucing tidak mahu makan?

Jika kucing anda enggan makan, anda perlu mengenalpasti jika terdapat sebarang masalah pada dietnya atau kucing anda sedang sakit. Ini adalah beberapa sebab mengapa kucing yang sihat enggan makan:

  • Makanan itu rosak.
  • Semut atau ada serangga lain di dalam makanan.
  • Makanan mengandungi perasa yang tidak disukainya.
  • Terdapat persaingan pada mangkuk makanan (ada kucing lain).
  • Makanan manusia mempengaruhi selera makannya.
  • Mangkuk makanan berada di lokasi yang tidak digemarinya.
  • Kucing anda telah memburu dan memakan buruannya atau makan makanan di rumah jiran.

Jika sebab-sebab di atas tidak berkait dengan kucing anda, kemungkinan besar kucing anda sedang sakit. Antara sebab mengapa kucing yang sakit tidak dapat makan:

  • Kucing anda sukar bernafas dan tidak dapat menghidu makanan.
  • Kucing mengalami demam dan hilang selera makan.
  • Gigi yang sakit atau lain-lain penyakit mulut yang mempengaruhi keupayaannya untuk makan.
  • Hati atau mana-mana organ dalaman menyebabkan rasa mual.
  • Kucing mengalami nyahair dan terlalu lemah untuk makan.

Bagaimana hendak memujuknya makan?

Kucing yang sakit tidak akan dapat makan dengan baik,jadi anda berperanan untuk menggalakkannya makan. Cuba berikan makanan yang lazat seperti makanan kucing dalam tin, ikan sardin mentah atau daging ayam rebus kosong.

Panaskan sedikit makanan itu sehingga paras suhu badan, ini akan menaikkan aromanya dan membantu selera kucing.

Memberikan makanan itu dengan tangan, bercakap dengannya secara perlahan dan membelai kucing anda juga boleh merangsangnya untuk makan.

Anda boleh memberinya makan samada dengan sudu atau tangan dan menggalakkan kucing anda untuk menjilatnya. Jika dia masih tidak berminat, jangan biarkan makanan itu berada di luar lebih daripada sejam. Angkatkan makanan itu dan cuba perkenalkannya semula beberapa jam kemudian dan ulangi langkah memujuk seperti di atas.

Jika tidak ada cadangan di atas yang berjaya memujuknya, anda perlu berkunjung ke klinik. Doktor mungkin akan memberikan preskripsi perangsang selera makan atau memaksa kucing untuk makan.

Paksaan makan biasanya dilakukan dengan picagari tanpa jarum dan formula makanan dalam bentuk cairan akan dimasukkan ke dalam mulut kucing.

Bagi kucing yang terlalu sakit atau sukar untuk memaksanya makan melalui mulut, kaedah memasukkan tiub makanan ke dalam perut atau esofagus mungkin akan dijalankan.

Bagaimana pula dengan air?

Pengambilan air juga amat penting. Kucing yang tidak makan dan juga minum menghadapi risiko nyahair walaupun dalam sehari.

Jika kucing anda tidak minum, anda boleh memberikannya melalui picagari tanpa jarum atau menggunakan penitis air. Tetapi adalah hampir mustahil untuk memberikannya cukup air dengan cara ini.

Doktor dapat mengawal keadaan ini dengan menyuntik kucing dengan sebatian elektrolit bersteril di bawah kulit kucing iaitu suntikan subkutus.

Air juga dapat di masukkan secara terus ke dalam badan melalui salur darah yang biasa disebut sebagai IV atau intravena. IV memerlukan kucing anda dimasukkan ke dalam wad atau bermalam di sana tetapi ini langkah yang penting bagi kucing yang mengalami nyahair.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

70 ulasan:

  1. HAI,saya harap sanggat agar pusat rawatan penjagaan haiwan di perluaskan di seluruh malaysia walaupun di pelusuk negeri pun. ini kerana saya tidak mahu si comel orang lain mendapat nasib yang sama seperti si comel saya yang telah meninggal dunia kerana tidak mahu makan. untuk mendapatkan rawatannya, tempatnya juah dan tertumpu pada bandaraya sahaja. saya sanggat kecewa. saya harap dapat selamatkan nyawa si comel tetapi hampa kerana terlambat atas faktor klinik jauh. tolonglah prihatin akan insan yang menyanyangi haiwan yang tinggal jauh dari bandaraya.

    BalasPadam
  2. hi anon, betul tu..kemudahan veterinar memang terhad di malaysia. sesuatu yg sgt menyedihkan. apa yg boleh kita lakukan (bg yg jauh dari kemudahan klinik) ialah pergi ke bandar2 dan shoppping perkara2 dan peralatan penting utk kucing.

    sesetngah ubatan2 juga boleh dibeli terlebih dahulu sebagai persediaan di waktu ekcemasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy nk tanye...kucing sy tb2 muntah n xnk mkn ...hanye minum air je....dia nk tdo je...sy risau

      Padam
  3. kucing saye xmahu mkn. saye xtaw nk bg mkn ape. susu die,saye bg susu manusia tue. die mnm sikit je. bg ikan bilis yg ditumbuk pun xnk mkn. risau la. die tdo je,tp tdo nk kne peluk. nk tudor ngn saye. cmne nk bbuat? mknan ape sesuai untuk die? umur die tataw bp cz jumpe tepi jalan. die kecik sgt lgi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari petshop berdekatan,
      Tanya makanan yg sesuai dgn umur kucing 🤗

      Padam
  4. kucing awak takde masalah pun. cuma terlalu manja atau ketakutan. biasa berlaku pada anak kucing yang berumur kurang 3 bulan (ditinggalkan atau berpisah). makanan yang sesuai adaalh utk diet utk kitten, dijual di pasaraya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing saya dah macam2 makanan utk kitten sy bagi..semua xnk makan..umur kecil lagi..rasa2 apa masalah nye ya??

      Padam
  5. helo...saya mempunyai kucing berunur dlm 3-4 bulan...biasanya dia suka makan ikan rebus..tp dr td dia tak habiskan makanan tersebut malh memuntah kan keluar..yang paling mengejutkan sya ialah kucing sy memuntah beberapa ekor cacing...sebnyak dua kali dia memuntah kan makanan yang telah dia makan...cacing itu panjang dan berbentuk berlingkar seperti getah..harap dapat membantu masalah sy ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu adalah kerana cacing kerawet dalam perut kucing tuu,saya kalau nak baikkan kucing yg ade cacing nie,saya gaulkan nasik,ikan bilis dan tambahkan bawang putih,sikit jer bawangnyer,insyaallah jadi..

      Padam
    2. Haritu kucing sy pon Cmtu...jumpa doktor rupenye cacing sbb kasi ikan rebus ....

      Padam
  6. salam...

    kucing kak e makan tapi sikit... beli makanan 'yang mahal' pun sama juga... bagi 'yang murah' langsung tak mahu makan... tapi nak makan makanan manusia...

    BalasPadam
  7. kucing aku yg sekor ni sgt kurus mcm ibunya dulu. lps beranak 2 minggu lepas dia mmg x brp mkn. setakat jamah je. mcmmn nk bg dia mkn bnyk ek? xtao pe yg dia nk mkn..sume pn x berapa..

    BalasPadam
  8. hello...
    sye ade 2 kucing kat rumah.ade sekor kucing sye nie cerewet mkan.
    sye xsure die ske ape sbb die jenis cpat b0san dgn mkann die.
    sye tpakse tuka mknn die tiap2 bln.
    cmne nak buat nie...sye takot lau ade effect if tuka tiap2 blan.

    BalasPadam
  9. salam,kucing saya tak mahu makan. dulu die gemokkk sgt,gebu! kalau mkn die yg tukang habiskan. byk plak tu. skrg tak tahu kenapa da 2minggu die x mkn ape2. dlm 2 minggu ni,die cume mkn seekor ikan BILIS je.sy letak mknn die dpn die pun die xpandang dah.risau sgt2. dah 2minggu.kurus kering sgt.xmcm dlu. nk bwk pegi vet kat sini takde. sedih tgk die macamtu.die byk duduk kat tempat tersembunyi. dah x manja mcm selalu :'(

    BalasPadam
  10. kucing saya tak makan lepas buat spaying...dah 5 ari...

    BalasPadam
  11. hye i really hope that you will answer my question. first, i baru dapat persian cat umur dalam setahun and jantan. dia dah masuk empat hari kat rumah ni. dia suka menyorok dan taknak orang pegang dia. but dia tk pernah cakar orang . but bila ucu i pegang dia nak tunjukkan kat org lain. dia mengamuk and cakar ucu i. bila i usap dia baru dia okay. then dah masuk 4 hari ni dia taknak makan langsung. nak buat macam mana eh?

    BalasPadam
  12. salam.. kucing saya betina umur setahun tak suka makan dry food dia, tapi kalau bagi wet food pagi je 2 kali sy bagi pun tak cukup. tapi badan camtu jugak kurus...
    soalannya:
    1. ok atau tidak kalau sy bagi dia makan wet food hari-hari?

    2. adakah dengan makan wet food selalu mudah dapat jangkitan cacing?

    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum, wet food tak bole diberi setiap hari. Dalam seminggu 2 ke 3 kali je bagi hidangan wet food. Nanti dibimbangi kucing mengalami obesiti.

      Padam
  13. Saya ada kucing betina yg comel dan gebu berumur dalam 7 bulan, masalahnya ialah dah 3 hari langsung tak nak makan samada dry ataupun wet food kegemarannya, risau dengan keadaan kucing kesayangan saya tu, harap ada pihak yang dapat memberikan cadangan...

    BalasPadam
  14. Kucing saya br empat bulan.dia makan n minum tak nak.so sy kena suapkn dn bg dia glukos.kesian sy tengok dia.....

    BalasPadam
  15. Hi..sy ade kucing jantan yg tgh sakit teruk skrg ni. Dh masuk 5hri die xnak mkn. Minum je. Sejak 2hr ni die asyik muntah je. Skrg die kne stay kat klinik sbb doc nk msk kn air. Sy risau sakit tu melarat. Sy xsanggup kehilangan kucing sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kucing saya pon kena stay dkt klinik dia xnak makan 4 hari dah, doc masukkan air dalam badan. Sekarang dia xnak makan jugak terpakasa doc tebuk lubang ke esofagus(betul ke eja nih) untuk masukkan makanan esok. Yang merisaukan beratnya makin turun. Hurmmm

      Padam
    2. Kucing awak sakit apa, macam mana keadaanya sekarang?

      Padam
  16. Kucing saya asyik tidur . Badan dia panas. Tak nak makan . Tak larat nak bangun . Nampak macam mual mual pun ada . dia demam ke? Minta pencerahan. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iqah, nampak macam demam. Kena bawa ke klinik, mungkin diberi antibiotik. Kalau suhu terlalu tinggi, lebih 40c, mungkin kena suntik.

      Sementara tu, tak banyak benda boleh dibuat. Tapi makan minum perlu diberi, kalau dia tak nak, kena paksa. Guna picagari tak berjarum atau penitis mata untuk suapkan air.

      Kalau kucing awak di luar, bawalah masuk dalam rumah untuk sementara. Jangan beri panadol dll.

      Padam
  17. Salam..kucing sy msuk hri ni dh 2hri demam.xnk org pgang.xnk manje.xnk bgurau mcm sllu.xnk mkn xnk minum.sy dh pksa minum guna picagari tp die x telan pon air tu.bila pkse minum berdengus keras suare die.mcm skit/mrh.air liur die sentiasa meleleh 24hour.klinik sabtu ahad tutup.sy xtau nk buat mcm mne.pggil pon xd respon.die bukak mate sikit je.pg td muntah lendir kuning.nk tggu klinik bukak esk ad xape2 lg petua utk sy release die shigga esk..really love my baby...T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuh, harap tak ada apa-apa yang serius. Tak banyak perkara boleh dibuat sementara menunggu klinik dibuka.

      Air liur meleleh ni kadang-kadang sebab sakit gigi/gusi. Cuba lihat ada benda tersumbat tak pada celah giginya. Tapi kucing awak demam, mungkin ada sebab lain.

      Teruskanlah beri air dan makanan lembut. Jangan beri kibbles pulak, tercekik nanti. Lumatkan makanan basah sehingga berbentuk bubur. Pancarkan terus dalam kerongkongnya dalam jumlah sedikit. Kalau dia dapat jilat air rebus ayam pun dah cukup baik. Muntah kuning tu biasanya sebab perut kosong.

      Dari masa ke masa bersihkanlah air liurnya, gunakan tuala/tisu dilembabkan dengan air suam sikit. Jangan lupa basuh tangan nanti berjangkit pada kucing lain pula.

      Semoga semuanya selamat.

      Padam
  18. Salam..sy ada seekor anak kucing yg sy tinggalkan utk kawan sy spanjang sy balik kampung..hari ke2 dlm jagaan kawan sy, kucing sy dah xlalu nak makan..hari ke4 sy ambil dan dia lgsung x ada selera makan..sy bagi minum 100+ dan air kelapa sebab sy agak dia demam rindu..2 hari dlm jgaan sy, kawan sy bgtahu dia dah kena belasah dgn kucing lain..mugkin dia fobia..ada x cara nk rawat dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Demam kut, dah banyak saya ceritakan di atas, dan dalam komen² di atas. Demam ni tak banyak benda boleh dibuat selain beri ruang untuknya berehat dan menggeliat dengan mudah, dan lain-lain yang disebut sebelum ni.

      Kalau terlalu panas, atau tak nak makan langsung kena bawa ke klinik.

      Padam
  19. kucig saya pula sedang bunting..dia tidak mahu makan..wlpn sy bagi wetfood..dia hanya minum shj..sy risau dia ada msalah batu karang...sbb seekor kucg jantan saya menghidap batu karg sekrg sedg dlm ward rawatn 3 ari..jika saya bagi air lobak putih..ade effect x pada kandungannnye?sy sgt risau ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya 2-3 minggu pertama kehamilan kucing akan kurang berselera. Selepas itu seleranya naik mendadak.

      Saya tak pasti ada kesan atau tidak air lobak pada kandungannya. Tapi kalau awak syak batu karang, lebih baik dibawa ke klinik.

      Padam
  20. Slam..sya ada anbik anak kucing..umur 2bulan...maslahnya...dia xnak makan makanan biasa dia...kalau makan sikit sgt2....skrng cirit je...badan makin kurus....sya sdih sgt....main pun dah x nak skrng...bontot dia dh bengkak...mgkin sebab asyik cirt...vet jauh plak...tlg sya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk tahu sebab yang sahih memang kena bawa ke klinik. Demam, cacing, cirit, banyak juga kemungkinannya. Buntut bengkak memang biasa kalau asyik cirit.

      Untuk sementara rujuk di bawah:
      Merawat cirit-birit.

      Kucing kalau sakit macam tu biasanya akan mengabaikan kebersihan dirinya. Pastikan tubuhnya dibersihkan dengan tuala lembab suam (jangan guna air sejuk), terutama bahagian punggung/kemaluan.

      Padam
  21. Hi saya baru dalam menjaga kucing.tadi saya ada bawa kucing dewasa dalam 3 ekor.2 daripadanya ialah jantan dan seekor betina.yang betina tu ibu kepada 3 ekor kucing yang saya rasa baru lahir sebab masih menyusu dan tak kuat nak bangun lagi..saya dah lepaskan bebas mereka dari kandang untuk kenal2 kawasan rumah..tapi ade seekor yang jantan ni langsung tak nak makan.yang seekor jantan lagi makan sikit je n tak nak minum air..saya ingatkan sebab mereka baru nak kenal kawasan jadi tak paksa makan sangat..tapi risau kalau berlarutan..boleh tolong saya tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ke klinik untuk nyahcacing? Kucing jalanan biasanya berpenyakit dan perlu diperiksa dahulu, apatah lagi awak bawa pulang 3 ekor, selain anaknya.

      Sementara tu boleh cuba dulu seperti yang ditulis dalam rencana di atas.

      Padam
  22. Kucing sy dah 4 hari xmakan.. Lepas ambil dia boarding demam smpai 40°..bwk ke vet..demam dah ok tp still xnk mkn & minum..minum susu & air msak pakai syringe jek..skrg dia xnk mkn..bile berjln melayang2, kesian tgk..sy dah xtaw nak buat ape..help me pls!

    BalasPadam
  23. Kucing sy dah 4 hari xmakan.. Lepas ambil dia boarding demam smpai 40°..bwk ke vet..demam dah ok tp still xnk mkn & minum..minum susu & air msak pakai syringe jek..skrg dia xnk mkn..bile berjln melayang2, kesian tgk..sy dah xtaw nak buat ape..help me pls!

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  25. Saya baru beli Kucing jenis mix parsi dlh smlm.menurut tuan asalnya Kucing ni Da vaksin Tp Da lama iaitu bln 3.bila sy ambil Kucing ni (3hb ogos,Sy Terus bw dia utk vaksin ke2.smpai d umah,dia sgt takut dgn sy.jika d lepaskn dari sangkar,dia akn cari tempat sembunyi.yg merisaukan Sy,dia lgsung x mkn.skg Da 24 jam..air pun x minum.Hari ni Sy Cuba beri diet yg biasa tuan asalnya beri.hasilnya sama.Sy Cuba suapkn mknan wet,dia Cuba mngelak,Tp Sy sapu jeli kt mulutnya.nampak dia mnjilat.adakah tabiat ni biasa bg kucing yg brpindah tmpat baru atau ia gejala serangan virus parvo

    BalasPadam
  26. Salam
    Sye ade 3 ekor kucing.mula2,kucing pertama murung,xnk mkn,muntah cacing.lps tu sye try bgi bwg putih.disbbkn keadaan kucing ximproved,sye try jgklaaa nk cari vet kt kwsan sini tpi xde.so,sye beli albendazole n bgi kt semua kucing sye.40mg sbb berat diorg dlm 1.5kg.smlm,kucing yg muntah cacing tu dah meninggal,kemudian 2 ekor kycing tu pulak start murung xnk mkn.ape perlu sye buat?tlg....

    BalasPadam
    Balasan
    1. berikan ubat cacing, beli di klinik atau kedai vet. ikut panduan dan sukatan yg diberikan. bagi makan guna syringe

      Padam
  27. Kucing sy dah 3hari x makan, muntah2. Macam mana nak paksa kucing makan ya? Kesian anknya juga x dapat menyusu, bila anknya dekat, dia akn mendegus seperti marah.

    Air putih masih minum, makan tak nak lansung. Apa patut sy lakukan?

    BalasPadam
  28. kucing saya tak selera makan , selalunya kuat makan sekarang pandang je tak mkan pon hmm semalam adik diaa mati esoknyaa terus jadi tanak makan senyap jee duduk bawah2 meja kenape ehhh ? :(

    BalasPadam
  29. sebab kucing muntah2 antaranya : demam, makanan x sesuai, perut bercacing

    bawa ke klinik atau beli ubat cacing di kedai vet.

    kucing sy demam, lemah smpai x larat berdiri, pucat dan dehydrated, ingat nk mati dah, nasib baik sy cepat bawa ke klinik. doc jep ubat demam, vitamin dan tambah air. dah bawak balik sy sendiri sambung buat semua tu 2x sehari guna syringe. dan ubat cacing (doc sarankan sebulan sekali), ubat selsema semua sy buat sendiri, of coz guna syringe la..jgn terlebih bagi, ikut sukatan yg diberikan.

    tips makanan: tukar jenama makanan, berikan sardin atau apa2 makanan dlm tin yg lembut sbb baunya lebih kuat dan menyelerakan.

    klu semua diatas x berkaitan, bawa jumpa doktor mungkin ada masalah lain.

    BalasPadam
  30. hai,
    saya harap sangat aqak sudi jawab soklan saya, ssaya ada kucing jantan umur lingkungan 4-5 bulan ,sejak beberapa hari ni kucing saya mula x nak makan,,kalau makan pun sikit sahaja, mula2 saya ingtkan dia x mahu makan sbb ibu saya tukar maknanan dia kepada jenis yg lain. tetapi bila saya belikan makanan yg biasa dia makan tetap sama. saya x tau la dia bosan dengan makanan dia atau apa, sbb perkara mcm ni x pernah berlaku pon sebelum ni. jadi sbb tu saya risau sgt2..takut dia sakit sbb x makan. sbelum2 ni makan banyak sampai x cukup. tiba2 je jadi mcm ni.

    BalasPadam
  31. Kucing sy tak nak makan hari ni..biasa dia yang paling kuat makan..tp hari ni xnak..air pun xnak minum..mcm mana yer..vaterinar jauh plak tu..

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Hi,kucing sy jantan..... dia kurus sgt2,seblm ni ade 2 ekor kucing sy tp baru2 ni mati tiba2 sekor punca xtahu tp ape yg sy lihat seblm dia mati dia kurng makan,perut dia ade bonjolan keras dan dia muntah air putih buih2..... lepas dia mati tinggal la sekor lg kucing sy nama beckem tp dia masalah kurus seblm ji dia suka mkn ape yg kami makan tp sejak kwn dia mati selera makn dia tak ada.... jalan pon mengigil... skrg nk pergi toilet pon dia xboleh bgn dah.... sy tgk hidung dia tersumbat sebb selsema dah sy bersihkan tp dia semakin tak bermaya dan seperti nazak.... apa ptt sy buat? Sy syg kucing sy,nak hantar ke vet tetapi ada masalah kewangan sy hrp sgt backem dpt bertahan sehingga sy dpt rawt dia di klinik..... sy rase bersalah sgt skrg....

    BalasPadam
  34. Salam admin. Boleh recommend brand wetfood yang kita boleh bagi kucing makan guna picagari? Kucing saya sakit dan tak mau makan. CUba guna picagari tapi susah nak sedut sebab nature wet food tu tak totally liquid. Picagari senang tersumbat

    terima kasih atas bantuan

    BalasPadam
  35. Apa yang perlu saya lakukan jika kucing saya tidak mahu makan..?? Tambahan pula kucing saya sedang proses menyusukan anak yang berusia lebih kurang 3 minggu.

    BalasPadam
  36. kucing sy asyik nk tdur ja tak mau mkan tak mau minum . Dia slalu nak muntah apa puncanya ya?

    BalasPadam
  37. nak tanya , kucing saya ni org bagi n saya bwa balik dia semalam , tapi sampai harini dia taknak makan langsung . Apa yg patut sy buat ye?

    BalasPadam
  38. nak tanya , kucing saya ni org bagi n saya bwa balik dia semalam , tapi sampai harini dia taknak makan langsung . Apa yg patut sy buat ye?

    BalasPadam
  39. nak tanya , kucing saya ni org bagi n saya bwa balik dia semalam , tapi sampai harini dia taknak makan langsung . Apa yg patut sy buat ye?

    BalasPadam
  40. Sy br ambil kucing dr kwn sy dan da masuk 2 hari x mkn.. Mcm ketakutan aje. .Camne nk bg dia hilang takut.. Belai dah selalu dah tapi mcm xde perasaan bila belai..

    BalasPadam
  41. Salam saya nak tanya kucing saya tidak berselera nak makan sudah 3 hari.kucing saya hanya minum air je tu pun sedikit
    Apa yang saya patut buat?

    BalasPadam
  42. Sebelum saya masukkan kucing saya dalam sangkar semalam...dia elok sahaja bermanja dengan saya...tapi harini bila saya tengok dia...dia tiba-tiba lemah...saya kesian tengok dia sebab bila saya angkat dia...badan dia lemah seolah-olah badannya tiada tulang...saya dah cuba berinya ubat demam yang saya beli di kedai kucing tapi tiada perubahan hanya mata yang terbuka luas seperti melihat sesuatu yang menakutkan...saya sedih sebab banyak kucing kesayangan saya yang mengalami penyakit yang sama...saya nak bawak pegi klinik saya x de masa...mohon beri cadangan yang perlu saya buat😩

    BalasPadam
  43. HAI,Kucing saya dah lama tak makan bawak gi klinik doktor cakap kucing saya terkena virus hawo kucing.Badan kucing saya dah macam tulang bg makan tak nak makan paksa pon tak nak makan saya pon tak tau nak buat apa anak2 dia pon dah kena seekor dah mati.Harap2 boleh la tlg saya ap yg ptut saya buat.

    BalasPadam
  44. Kucing saya jantan umor dalam 9 bulan tak tak lalu makan.yang perasan 3 hari ni dia tak mintak2 macam selalunya bila nampak orang di dapur. Makan ikan pon sikit sangat. asyik tido. dia mengeliat macam biasa,dan kadang2 bunyi meow kuat dalam tandas. Tak da tanda2 demam. kadang2 dia layan yang kucing kecik umor 3 bulan tu main. Apa lah sakit dia.

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum ..saya ingin tanya kesihatan kucing saya yang semakin merosot...dah masuk 4 hari dia tk makan ..minum hanya 2-3 jilat air je..saya risau sangat keadaan dia..kepanasan badan kucing saya semakin tinggi hari demi hari..lepastu saya ada perasan ada nanah yang berlubang kat tangan dia..saya rasa kemungkinan ada ke mengena dengan demam dia..minta penjelasan!!!! macam mane nk kembalikan selera makan dia

    BalasPadam
  46. kucing saya demam, takde selera langsung nak makan, saya dh taktau nk buat apa, dh pergi klinik veterinar kerajaan tapi keadaan masih sama, dh 4 hari dia taknk makan langsunh, saya dh paksa dia blend makanan dan cucuk pakai picagari, sbbtu dia masih bertahan sampai sekarang, saya nk buat mcm mana lagi ni 😭

    BalasPadam
  47. Kucing sy mula2 dmm slsema.. Hidung tsmbt.. Dh 2kli bwak g klinik.. Dktor msk kn air n injection.. Skrg dh sminggu dia dmm.. Mula2 dia nk mkn.. Lpas tu,dh 2hri ni dia xnk mkn.. Dh bg mkn wtfood tp xjln.. Dpksa mkn.. Dia tolak.. Blh bntu ?? Mna tau ade ssiapa pnh mngalami mslh,y sma mcm sy.. Xtauu dh nk wt ape lgi ni... Kalau xde jln pnyelesaian dia.. Tpksa bwak pg klinik kli ke3 😥

    BalasPadam
  48. kucing saya berumur 7 bulan ..dia tak mau makan ..macam2 saya dh cuba ..jenis nasi brlauk ..ikan mentah ..ayam mentah ..dan juga makanan lembut dlam paket ..dia takmau makan ..cuma minum air ja ..macam mana nak buat ?

    BalasPadam
  49. Kucing saya berusia 3 bulan lebih, sebelum2 ni dia ok ja makan makanan dalam tin campur dengan frieskies.harini dia taknak makan apapa langsung, cuma minum air dengan susu je. Apa patut saya buat?

    BalasPadam
  50. kucing saya mengalami cirit birit dan muntah muntah. sekarang dah 2 hari tak makan walaupun saya bagi wet food kegemaran dia tetap dia tak pandang. saya sangat risau nak pergi vet tak boleh sebab pkp. apa patut saya buat 😭

    BalasPadam
  51. salam. kucing saya demam beberapa hari ni dan badan dia pun nampak sangat kurus. saya pernah masak makanan dia sendiri nasi campur dengan ayam dan sayur (bubur) dia makan juga. tapi bila saya tukar makanan dia pergi makanan kering dia makan sikit je lepas tu dia tinggalkan, sama juga dengan air dia langsung tak sentuh pun. saya risau tgk kucing saya, jalan pun macam terhuyung hayang sikit padahal sebelum tak pernah jadi pun macam ni. dah bertahun tahun dia dengan kami tapi ni first time dia jadi macam ni. apa yang patut saya buat? saya harap boleh dapat penjelasan dari min. terima kasih. 😢

    BalasPadam
  52. kucing saya taknak mkn .. makan skit ja . bg ikan rebus taknak ... sentuh skit ja bgi stick and wet food pun takmakan . dh sehari dh .. cuma td dh maknlah .. tapi dia aktif sangat ... dia bru lega dmm 4 hari lepas

    BalasPadam
  53. Hi sy nk tnya knp kucing lps dh jatuh dia xda selera nk makan? Ada x cra mcmna nk naikan selera kucing nk mkan

    BalasPadam
  54. Kucing saya demam baru-baru ni..mmg dia tknk makan,tido je..tak bangun n tak bunyi,saya suap air n susu je,sekarang dh kurang sikit n larat berjalan bangun,meow2 minum air sndiri,makan pun jamah sikit je..saya bgi nasi dia tknk..tpi ikan bilis,ikan rebus dia makan..cmne nk bgi dia makan nasi?

    BalasPadam