Bagaimana Memilih Klinik Veterinar Yang Sesuai

4 ulasan
Hospital haiwan UPM

Tidak ada begitu banyak klinik haiwan swasta di Malaysia menyebabkan pilihan yang ada adalah terhad.

Melainkan di Pantai Barat Semenanjung, di tempat lain tidak begitu banyak atau tidak ada langsung klinik haiwan swasta.

Tetapi klinik haiwan kerajaan tetap ada sekurang-kurangnya sebuah di setiap daerah.

Jika kawasan anda mempunyai beberapa klinik haiwan, bagaimana hendak memilih klinik yang sesuai, terutamanya dalam hal kucing?

** Dikemaskini semula pada Oktober 2015 mengikut peredaran masa **

Semua veterinar merupakan keahlian profesional yang menerima tauliah, pendidikan dan amali lapangan yang cukup dan setiap daripada mereka mempunyai perwatakan dan kemahiran tersendiri.

Walaupun bidang mereka profesional, mereka masih lagi seorang manusia dan sebagai manusia juga ada manusia yang baik, dan ada juga yang kurang baik.

Jika anda mempunyai binatang peliharaan lain atau pernah mempunyai binatang peliharaan, mungkin anda telah berkunjung ke klinik yang sesuai.

Jika anda belum mempunyai doktor, amat disarankan agar anda membiasakan diri di kliniknya supaya anda tahu bagaimana keadaannya di situ.

Klinik itu mungkin satu-satunya sumber untuk anda bertanya atau menyelamatkan nyawa kucing anda di masa akan datang.

Pandangan Pertama

Kaunter pendaftaran hospital haiwan UPM

Bagaimana keadaan kemudahan yang ada pada klinik itu menggambarkan falsafah atau pendirian seseorang pemilik klinik.

Klinik yang bersih dan kemas memerlukan lebih banyak penjagaan dan penyelenggaraan, dan ini menggambarkan bahawa klinik tersebut dijaga untuk mencapai piawaian tertentu.

Saya boleh menyimpulkan bahawa doktor sebegini akan mahu mengambil berat dan berusaha untuk merawat kucing anda sebaik-baiknya, kerana mereka menjaga nama baik dan penampilan mereka.

Hello, adakah ini Klinik XYZ? Boleh saya tahu di mana tempatnya?

Cuba lawati klinik tersebut dan tinjau keadaan di sana sebelum membawa kucing anda. Doktor yang berbangga dengan kliniknya sudah pasti tiada masalah untuk menemani lawatan anda.

Tetapi adalah lebih baik anda membuat janjitemu terlebih dahulu supaya kehadiran anda bukan pada waktu kecemasan atau waktu puncak.

Perlu juga diingat bukan semua mampu menemani lawatan anda kerana masa doktor adalah terhad.

Klinik besar atau kecil?

Kemudahan yang besar tidak semestinya lebih baik. Saiz tidak begitu penting berbanding apa yang ada di dalamnya.

Klinik haiwan asas perlu mempunyai kaunter menyambut tetamu, bilik pemeriksaan, bilik rawatan, beberapa sangkar sebagai wad, bilik pembedahan, bilik pengasingan, farmasi dan bilik pejabat.

Lihat dari kacamata yang sesuai

Pandangan pertama sememangnya penting, tetapi pastikan perspektif yang anda lihat itu dari sudut yang betul.

Jika anda memasuki klinik dan terdapat bau hamis yang kuat, ini mungkin kerana terdapat kucing jantan yang sedang dirawat, dan ini bukanlah satu masalah.

Tetapi jika ia berpunca daripada air kencing yang tidak dibersihkan di lantai atau bekas pasir yang kotor, ini adalah masalah.

Kaunter rawatan dan lantai yang kotor tidak akan nampak elok dan ini akan menimbulkan tanda tanya bagaimana kucing anda akan dirawat dan kebersihannya.

Tetapi anda juga harus ingat, adalah sesuatu yang sangat sukar untuk menjaga kebersihan klinik daripada cebisan bulu-bulu binatang dan lain-lain puing terutamanya pada waktu yang sibuk.

Khidmat apa yang disediakan?

Keratan akhbar pembukaan klinik veterinar UMK

Apakah khidmat yang biasa diperlukan di klinik? Bergantung kepada keupayaan klinik itu sendiri, jenis khidmat yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Ini adalah antara yang biasa ditawarkan:

  • Perunding perilaku
  • Asrama
  • Pergigian
  • Kawalan parasit/kutu
  • Dandanan dan perapian
  • Makmal ujian dalaman
  • Penjagaan perubatan
  • Perunding pemakanan
  • Farmasi
  • Pembedahan
  • Imbasan X–Ray

Sesetengah klinik mungkin mempunyai khidmat ultrasound, endoskopi dan pembedahan laser. Sepanjang hayat kucing anda ini, ada kemungkinan dia akan memerlukan mana-mana khidmat di atas di klinik.

Bergantung juga kepada saiz prasarana dan bilangan kakitangan yang ada, sesuatu klinik mungkin mempunyai khidmat asrama dan dandanan.

Sebelum anda memutuskan untuk mengguna khidmat asrama, ada baiknya anda melihat dahulu kawasan asrama itu.

Keadaan sangkar dan saiznya dapat memberi gambaran awal kepada anda. Jika sangkar di klinik itu kecil, cuba tanyakan samada mereka akan melepaskan kucing anda keluar untuk meregangkan ototnya atau tidak.

Walaubagaimanapun, kebersihan dan aliran udara di kawasan asrama adalah jauh lebih penting berbanding dengan saiz sangkar tersebut.

Nota: Gambar-gambar di atas semuanya milik klinik universiti/kerajaan.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

4 ulasan:

  1. Saya baru mula memelihara seekor kucing jantan berumur 6 bulan sejak setengah bulan lepas.Apakah rawatan atau suntikan vaksin yang perlu diberikan dr masa ke semasa?Ada setengah pendapat mengatakan tak perlu bawa kucing ni ke klinik selagi tiada tanda-tanda kucing nie sakit??Apakah kucing ni perlu dikurung didalam sangkar dalam tempoh-tempoh tertentu sehingga dia biasa dengan saya & ahli keluarga yg lain?..

    BalasPadam
  2. Vaksin biasanya diberikan antara tempoh 6 bulan atau setahun sekali. Saya syorkan juga saudara melakukan pemeriksaan kesihatan ke atasnya seperti kesihatan gigi, kuku, kutu, ruam dan lain-lain. Pemeriksaan ini boleh diminta dariapa pihak klinik.

    Selain itu juga saya cadangkan agar saudara melakukan neuter kerana ini akan memudahkan anda utk menjaganya, dan utk kesihatan kucing itu sendiri juga.

    Utk kurungan, bergantung kpd keadaan jugalah. jika dia jenis menyendiri, elokjuga dikurung dulu sehingga dia dah biasa/tak takut. paling penting adalah mengenalkannya dahulu tempat utknya membuang najis.

    BalasPadam
  3. Saya baru saja vaksin kucing saya yang berumur setahun after 1 week, kucing saya demam Dan bersin selepas dimandikan. After bagi ubat, kucing saya sihat dan lalumakan.Baru baru kucing saya muntah Dan mengaluarkan Najis berdarah(liquid).Adakah ni Akibat Dari vaksin yang diberi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunyinya macam keradangan usus, IBD. Kucing saya dulu pernah kena gejala yang sama, muntah dan najis berdarah. Saya tukar daripada makanan kering kepada basah.

      Isu vaksin, agak rumit. Saya tahu saya lambat balas, tapi jika awak masih mengunjungi blog ini, boleh saya tahu jadual dan jenis vaksin yang diberikan?

      Padam