Antara baka kucing yang popular di negara kita adalah kucing Parsi . Baka kucing Parsi ini merupakan peliharaan yang sangat istimewa. Bahagian mukanya ke dalam membuatkannya kelihatan sangat comel, dilengkapi dengan bulu panjang yang lembut beralun.
Namun begitu, disebabkan dua perkara inilah kucing Parsi memerlukan penjagaan khas daripada pemiliknya.
** Dikemaskini semula pada Januari 2015 mengikut peredaran masa **
Menjaga bulu kucing Parsi
Kucing Parsi tergolong di dalam kategori bulu panjang, di mana ia mempunyai dwilapisan yang membentuk lapisan bulunya.
Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut. Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari.
Ini kerana bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing bulu panjang yang lain, kucing Parsi mudah membentuk jalinan yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh.
Jalinan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.
Ia biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini.
Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda daripada masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang.
Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan ialah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya.
Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit.
Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke klinik untuk dicukur keseluruhan bulunya.
Menyikat juga dapat mengurangkan bebola bulu yang terkumpul di dalam perut. Bebola bulu ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.
Sikat yang terbaik adalah dari jenis sikat besi dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar.
Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan gayaan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa.
Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya.
Memandikan kucing Parsi
Kucing Parsi juga perlu dimandikan tetapi tidak perlulah sehingga tiap-tiap hari. Bergantung kepada keadaan, sekadar 3-4 hari sekali atau seminggu sekali pun sudah cukup.
Ini adalah untuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat, bersih dan lembut terutamanya jika kucing anda berbulu putih.
Kebersihan muka dan telinga
Mata dan hidung kucing Parsi cenderung untuk menghasilkan sisa lebih daripada kadar biasa berbanding kucing lain. Ini adalah kerana bentuk fizikal bahagian kepala kucing Parsi itu sendiri. Anda perlu mengawasi dan membersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain lembap.
Periksa juga bahagian dalam telinga jika ada lapisan yang berminyak. Lapisan berminyak itu adalah untuk memerangkap kotoran dan jika dibiarkan, kotoran dan habuk itu akan menjadi keras dan merimaskan kucing itu sendiri. Bersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas lembap.
Kucing Parsi sesuai sebagai kucing dalam-rumah
Selain itu, adalah baik untuk anda jadikan kucing Parsi anda sebagai kucing dalam-rumah. Ini disebabkan perwatakan kucing Parsi adalah lembut dan tidak suka bergaduh, dan mungkin akan dibuli oleh kucing-kucing lain di sekitar rumah.
Malah bulunya juga amat mudah kotor dan memerangkap kotoran dan habuk jika anda membiarkannya di luar.
Namun begitu, untuk menjadikan kucing anda sebagai dalaman, anda perlu memastikan kucing Parsi anda mempunyai banyak permainan, masa yang anda luangkan bersamanya, teman kucing yang lain dan tempat untuknya mencakar.
Jika anda dapat menawarkan ini semua maka kucing Parsi anda akan menjadi kucing dalaman yang gembira.
Anda juga mungkin perlu menyediakan tempat untuk berjemur. Kucing Parsi gemar berbaring di bawah sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi.
Meletakkan rak atau meja di tepi tingkap tertutup (lutsinar) pun sudah mencukupi untuknya bersantai di bawah cahaya matahari. Gunakanlah kreativiti anda untuk membolehkannya berjemur tanpa melepaskannya keluar dari rumah.
Berikan Kasih Sayang
Bukan sahaja kepada kucing Parsi malah apa sahaja jenis kucing yang anda miliki itu perlulah diberi kasih sayang dan perhatian yang cukup.
Kucing Parsi adalah sangat rapat dengan tuannya dan akan tertekan jika anda tidak dapat meluangkan masa kepadanya. Kasih sayang yang anda berikan kepadanya pasti akan dibalas berganda-ganda.
salam sejahtera...
BalasPadamsy ada seekor ank kucing parsi berumur 2bln..tp br2 ni kelihatan bulu di bhgn kedua2 ats kening gugur sehingga nmpk spt satu alur trus ke telinga..
kenapa begini...?
sekian, terima kasih
hye..
BalasPadammacam mana nak jaga bulu kucing supaya tidak gugur? paling tidak pun nak kurangkan keguguran bulu sbb setiap kali pegang kucing sy, bulunya akan gugur dengan banyak..
hopefully akan ade penjelasan secepat mungkin..
tq
mandikan dgn air suam..... jangan mandikan dgn air paip..... ok bro.....
Padamhye...
BalasPadamsaya ada kucing 100%persian sebulan yg lalu dia terjangkit pnyakit kulit iaitu kurab..bila dia d injek ubat dan kurabnya bek bulunya smua gugur..
yg sya nak tau bolekah lg bulunya tumbuh sperti yg asal dulu???????
kucing saya ni jenis persian...tp die kecik lagi...sya bru bli.........saya cek bdan dierr ader makan tompok warna merah darah tp bukan luka...saya ingat mungkin darah ibu dier masa bersalin...tp maki lama makin banyak...aper ye benda tu? nak kata kurap.....bukan yg macam selalu ader di telinge kucing tu........macam maner ni?
BalasPadammacam mane nak kasi kucing kita gemuk and sihat ? sebab saye baru tinggalkan dia dua minggu tak balik , tapi kucing saye dalam jagaan ibu bapa saye , bile saye balik , kucing saye kurus . ape yang saya perlu buat
BalasPadamAwak bagi makan apa dan selera makannya macam mana, umurnya berapa.
PadamKurus dalam masa dua minggu, bahaya tu.
mungkin kucing awak rindukan awak.. sebab tu kurus.. x lalu makan kot.. hehe
Padamnice info.bab kasih sayang tu ramai lupa.cuma membelai bila ada masa je.
BalasPadamkucenmaster.blogspot.com
Haha, biasalah tu. Ramai orang suka kucing jenis Parsi, tapi kucing macam ni suka bermanja. Tuannya pun kenalah rajin-rajin membelai.
Padam