Menambah Kucing Baru Sebagai Teman Untuk Kucing Sediada

15 ulasan
Kucing hendak berkawan

Kucing adalah haiwan yang mempunyai tabiat dan rutin. Secara amnya, mereka selesa dengan persekitaran itu kekal seperti sediakala dan tidak sukakan perubahan.

Situasi ini amat jelas jika anda mempunyai seekor kucing dan cuba untuk memperkenalkan kucing baru ke dalam rumah anda atau anda memelihara binatang lain dan cuba memelihara kucing pertama kalinya. Dalam hal ini, anda tidak mempunyai pilihan kecuali bersabar.

Begitu sukar untuk mencari kucing yang cocok untuk anda namun adalah susah untuk mencari teman bagi kucing sedia ada. Jika anda mendapatkan kucing baru dan kucing anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan kucing asal, anda masih bertanggungjawab terhadap kucing baru itu.

Berlainan atau sama jantina?

Adakah anda perlu memilih kucing berlainan jantina sebagai teman kepada kucing anda? Tidak ada sebarang kajian yang menunjukkan kucing mempunyai kecenderungan sosial untuk hidup dengan mana-mana jantina kucing. Jadi tidak ada masalah untuk anda memelihara kucing berlainan jantina atau sama.

Yang menjadi masalah adalah apabila kedua-dua kucing tidak dimandulkan. Kucing jantan yang tidak dikasi akan melakukan semburan untuk meletakkan sempadan wilayah agar tidak dicerobohi kucing baru.

Kedua-dua kucing jantan dan betina yang tidak dikembiri mungkin akan membuang najis di luar bekas pasir sebagai tandaan kawasan atau menunjukkan rasa tidak puas hati dalam hal tertentu. Hal ini sering berlaku jika anda mempunyai lebih daripada dua ekor kucing yang berkongsi dalam satu rumah.

Kucing anak, dewasa atau tua?

Kadangkala lebih mudah untuk membawa anak kucing baru ke dalam rumah yang mempunyai kucing dewasa. Dalam situasi ini, sempadan dan kekuasaan telah pun terbentuk oleh kucing dewasa dan mereka tidak akan berasa terancam berbanding terpaksa bersaing dengan kucing dewasa yang lain.

Kucing dewasa mungkin tidak suka jika anak kucing melompat ke atasnya atau mengganggu ekornya dan kebiasaannya mereka akan menjarakkan diri mereka antara satu sama lain.

Anda mungkin terpaksa memisahkan anak kucing itu ke bilik lain untuk memberi rehat kepada kucing dewasa.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

15 ulasan:

  1. saya ada 1 ekor kucing pada mulanya dan bertambah ke lima ekor kucing......saya ingin bertanya adakah jika kucing tidur bersama-sama adakah mereka akan berkawan dengan segera berbanding cara yg lain?

    BalasPadam
  2. Hafiz,

    Berkawan dgn segera...saya rasa jika mereka telah mula tidur bersama-sama, bermakna mereka telah selesa dgn kehadiran masing-masing. Kita tak dapat nak paksa mereka tidur bersama, ianya bergantung kepada toleransi individu kucing itu sendiri.

    BalasPadam
  3. saya baru dapat seekor anak kucing, tapi masalahnya, kucing saya yang sedia ada, mcm x nak kawan dgn dia. anak kucing tu jantan, kucing yg sedia ada tu betina. yg betina tu asyik hiss jer kat anak kucing yg baru ni..sekarang ni pulak musim mengawan, dan kucing betina tu still dara. mcmana nak jadikan diorg baik?saya ada dgr pasal felifriend, berguna ke benda tu.mekasih.

    BalasPadam
  4. anjut, setahu sy felifriend ni kita guna utk manusia-kucing dan bukannya kucing-kucing.

    psl kwn tu, mmg susah nk jangka. kucing ada citarasa masing2. awk kurung dulu kucing baru tu dlm bilik. kasi diorang hidu melalu celah pintu je. lepas seminggu tukar bilik lain, bagi kucing asal tu masuk, bg dia cium2. lepas 2 minggu macam tu baru perkenalkan balik.

    sy syorkan juga guna litter box yang berasingan, bekas makanan/air pun buat asing2. memandangkan kucing awk tak dimandulkan, kalau tak buat camtu, ada kemungkinan dia akan memancut/berak merata-rata sbg tandaan kawasan.

    BalasPadam
  5. owh ok, sekarang ni dah baik sikit, cuma kucing kecik tu suka sgt gigit2 kaki kucing yg besar.so, yg besar tu agak tensen.alhamdulillah, diorang tak berak n kencing sepah2(actually, yg besar tu mmg baik pun, dia tak pernah buat hal, n dia faham apa yg manusia cakap, cuma dia terkejut jer kot coz tetiba ada makhluk halus lain dlm umah). saya nak spay kucing2 tu, tp busy sgt ngan kelas.

    btw, tima kasih sbb tlg jawap. n kalau tak keberatan, boleh tak wat entry "mcmana nak bwk kucing masuk malaysia dan charge yg dikenakan." . sebab dah try cari forum, x der saper pun penah ckp. kesian plak nak tgl kucing2 ni kat sini. sayang woooo!dah mcm anak sendiri. gebu plak tu sekor2...tima kasih aaah.

    BalasPadam
  6. Dua minggu lepas saya dapat hadiah kucing bengal jantan, usia lebih kurang 3 bulan. Kat rumah saya tu, saya ada bela sekor kucing biasa, umur dlm 2 tahun (jantan gak)dan xpernah neuter kan. Seperti diduga, si kucing dewasa telah marah apabila kami memperkenalkan kwn barunya. Ingatkan sekejap jer, tp smpai sekarang masih xngam lagi. Utk mengelakkan si kecil dr dibelasah, kami mengamalkan kurungan secara bergilir2; bila si kecil dikurung di bilik stor, yg dewasa bebas, dan sebaliknya. Masalahnya, bila saya boleh tamatkan sistem giliran dan menghilangkan rasa ketidakpuasan hati kucing dewasa/kecil yg sgt2 menensionkan tuannya.. :(

    BalasPadam
  7. saya ade seekor kucing betina, umur dlm 1 tahun. tak penah kurung, lepas dlm umah je. berak dalam bilik mandi, tak guna litterbox. semlm kawan bg 2 ekor kucing jantan, seekor dlm 5 bulan dan seekor lg leh jd bapak.berak guna litterbox. semlm sy kenalkan pd kucing betina sy tp dia marah. skrg sy kerja kucing 2 ekor tu duduk dlm bilik mandi, betul ke cara tu??mcm mana nak bg dia berkawan>?? tolong bg info.tq

    BalasPadam
  8. i ada sekor kucing jantan umur 5 bulan nk masuk 6 bulan tp badan nyer besar...baka persian.....bru2 ni i bwk blik kucing btina umur 3 bulan...kecing sgt lg...awal2 tu si jntan ni cam marah....dh 2 ari....lain pula jadi nyer.....si jantan ni dok gigit n bertengek atas anak kucing betine ajak mengawan...aduhai...yg betiner tu budak bwh umur lg.....bersih kn najis kat punggung pun budk tu tak pndai lg...pening pale di buat nyer..anak kucing betine tu lak...diam kn ajer ape si jntn wat kat dier...cam ner ni ye doc?

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. saya ada 3 ekor kucing dan kini bertambah lagi seekor,,kucing baru ni betina dan dalam usia 8bulan,,masalah sekarang,,kucing lama yang 3 ekor ni tak suka dengan kehaditran kucing baru,,jumpa mesti gaduh,,kucing baru ni mcm penakut sket,,dan skrng ni saya tgk lidah kucing baru sedikit terkoyak...macam mana nak merawat lidah kucing yang terkoyak???

    BalasPadam
  11. kucing yang hiss pada pendatang yang baru adalah perkara biasa saya rasa! saya ada 4 ekor kucing yang berlainan umur, saya ambil dari tepi jalan, dua darinya sejak kecil lagi seusia sebulan. tiap kali saya bawa masuk kucing, pasti yng baru akan "di hiss" kan, tapi biarkan sahaja, selepas 3-4 hari, bila masing masing sudah dapat terima baunya, ok je lepas tu, main dan makan bersama

    BalasPadam
  12. Biasa saja kucing marah sebab tak kenal lagi. Saya ada 8 ekor kucing- 5 ekor beradik, lagi 2 kucing datang, seekor ambil dekat satu restoren ni. Kesian sebab kecil sgt (vet kata baru 3 bulan). Umur berbeza. Memang tak ngam mula2.Saya biarkan saja, cuma awasi jgn buli berlebihan pula. Makan asingkan dan sekarang ni semua dah ok. Sekarang ni ada tambah lagi 2 ekor kitten,
    dah sebulan umur mereka.

    Tahniah owner blog. Sangat berguna ilmu2 tu semua. Keep up!

    BalasPadam
  13. salam semua saya ingin bertanya tentang kucing, kucing saya bergaduh dan didapati lukanya makin merebak seperti Sporotrichosis boleh cari dekat images saya buntu bagaimana cara merawat kucing tersebut. jika saya hantar ke klinik pasti harga rawatanya sangat tinggi. mohon pertolongan

    ricky_fcuk@yahoo.com

    BalasPadam
  14. pukul 9 malam tadi ayah saya ada bawa balik anak kucing baru,pada mulanya si kecik tu bergaduh juga dengan si besar dekat rumah ni..runsing gak fikirkan macam mana nak bagi diaorang kawan.tak lama lepas tu tertiba saya teringat 1 blog yang pernah saya baca tentang haiwan..menurut blog tu saya kena kurungkan mereka sekali dalam 1 sangkar,(maaf nama blog tu tak ingt) sebelum saya kurungkan sekali,terlebih dahulu saya kurungkan si besar tu,then saya main2 dengan si kecik tu sebelah sangkar just nak bagi si besar nampak yg si kecik ni bukan ancaman dia.lebih kurang 10 minit main,saya masukkan si kecik ke dalam sangkar si besar.mula2 tu mcm nak gaduh juga tpi sekrang jam 1.44am mereka dah mula tido sekali.alhamdullilah,senang sgt bila tgok mereka tido sekali dalam satu sangka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang selesalah dengan cara ni.

      Kurungan dalam sangkar menjadikan kucing tiada tempat untuk berundur.

      Padam