Kucing Bengal

13 ulasan
Kucing Bengal berbaring

Kucing Bengal adalah baka kucing bertompok yang sangat istimewa. Baka ini terhasil daripada kacukan silang baka lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egyptian Mau dengan Asian Leopard Cat.

Nama Bengal ini datangnya daripada nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis. Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah.

Baka yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya.

** Dikemaskini semula pada Oktober 2015 mengikut peredaran masa **

Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing bulu pendek yang lain. Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh.

Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata.

Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.

Kucing Bengal kadangkala boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah. Mereka sangat aktif dan sentiasa bersedia untuk bermain. Mereka juga mempunyai personaliti vokal, bijak, penyayang dan suka mendampingi manusia dan memuaskan hati manusia.

Pemilik kucing Bengal akan mendapati bahawa baka ini hampir dengan anjing dari segi personaliti di mana mereka akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi dari bilik ke bilik dan sentiasa menantikan kepulangan anda dengan sambutan yang ceria.

Kucing Bengal amat sesuai untuk berdamping dengan anak-anak kecil dan binatang peliharaan lain. Kucing yang cantik ini pasti akan menyerikan mana-mana rumah dan menjadi teman setia manusia.

Satu lagi keunikan kucing Bengal adalah mereka sebenarnya suka dengan air. Mereka dapat menghabiskan masa berjam-jam dengan air yang mengalir dari pili air yang terbuka dan menggembirakan kanak-kanak atau golongan dewasa dengan kelincahan mereka bermain dengan air.

Kucing Bengal mempunyai enam warna rasmi iaitu tompok perang-hitam, marmar perang-hitam, tompok salji dan marmar salji. Variasi popular adalah tompok perang-hitam kerana ia paling hampir menyerupai penampilan Asian Leopard Cat.

Tompok perang dan marmar perang mempunyai mata yang besar, ekspresif, berjaga-jaga, berbentuk badam berwarna biru atau hijau. Salji pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain-lain warna.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

13 ulasan:

  1. ops..bukan nak komen tapi nak tanya..berapa sekor harga anak kucing bengal ? .. kat mana nak cari ? ..

    BalasPadam
  2. saya pun bukan mahir sangat dengan kucing pedigree ni...

    salah sorang breeder : Hamzah

    atau awk boleh tanya Yeng, dia suka dengan kucing bengal ni.

    BalasPadam
  3. sy baru shja bjinak2 ngn kucen bangel ni,baru smlm sy beli kucen spesis ni di Rawang bharga rm1600. apa yg mmbuat sy tertarik ngn bangel ni,dia sgt unik.mksd sy,bila sape2 yg memiliki kucen ini akan tau,keunikan dia.

    BalasPadam
  4. Lee337: Harga anak bengal depends pd jenis dier (spotted),(marble) or (stripes)..dan juga corak. kalau beli dr breeders trus murah sket.klu kat petshop mahal...berminat ke? kami jual yg besar biasanya RM1500-1800. yg anak boleh dirunding..tengok umur jugak.

    BalasPadam
  5. Lee337: Harga anak bengal depends pd jenis dier (spotted),(marble) or (stripes)..dan juga corak. kalau beli dr breeders trus murah sket.klu kat petshop mahal...berminat ke? kami jual yg besar biasanya RM1500-1800. yg anak boleh dirunding..tengok umur jugak.

    BalasPadam
  6. Kucing bengal amat menarik...samaada spotted atau marbel, broen atau snow...semua ada keistimewaan tersendiri...mahu memiliki bengal??...hubungi saya...ROM 019-6223890

    BalasPadam
  7. saya ada kuching jenis bengal.. kucing saya betina baru berumur 11 bln.. saya ingin mengawen kan kucing saya dgn kucing parsi.. pada umur brapa kah dan ada kah elok jg saya kawen kan dgn kucing parsi?

    BalasPadam
  8. Aq bli bengal 600 je..kene kencing je bli mahal2.nk tpon aq..0177652835

    BalasPadam
  9. harga seekor bengal adalah berbeza berdasarkan kualiti baka itu sendiri dari segi fizikal yg bertubuh besar dan tegap, muka seiras wajah seakan2 kucing hutan bermata bulat dan hitam bertelinga kecil dan terkecuali juga corak bulu di badan yang contrast seperti spotted, roxette, marble dan sebagainya. kebiasaannya baka keturunan f1 (keturunan pertama - ayah kucing hutan kawin mak domestik biasa) adalah lebih mahal dari f2 (anak kepada f1) dan berikutnya. dan bengal yang terbaik untuk dijadikan sebagai kucing peliharaan ialah bengal dari keturunan ke 4 (f4 dan selanjutnya) kerana lebih manja dan tidak seganas keturunan mereka dihutan...

    BalasPadam
  10. http://www.bengalcatworld.com/home/advice-centre/is-my-cat-a-bengal/

    BalasPadam
  11. Kalau murah, mungkin hanya kacukan.

    BalasPadam
  12. Sy nak cari yg murah look alike

    BalasPadam
  13. Mana ada kucing Bengal asli. Kucing bengal adalah kacukkan dari ALC ASIAN LEOPARD CAT & domestic cat @ nak yang baik American Shorthair.

    BalasPadam