Keperluan Kucing Untuk Tidur

6 ulasan
Kucing sedang tidur

Secara umumnya kucing akan tidur lebih kurang 16 jam sehari bermakna ia akan menghabiskan ⅔ hayatnya untuk tidur. Gaya hidup kucing yang memburu menyebabkan berlakunya corak seperti ini.

Buruan kegemaran mereka iaitu tikus hanya aktif pada waktu subuh dan senja, menyebabkan waktu di antara subuh dan senja itu dihabiskan untuk berehat.

Walaupun begitu, kucing tidak akan tidur 16 jam secara berturut-turut tetapi akan lelap secara berkala yang dipanggil sebagai tidur ayam.

Meskipun kucing itu lena dalam tidurnya, dia masih waspada terhadap persekitaran. Telinga kucing akan menyentak, bertindakbalas terhadap bunyi dan walaupun dengan ada pergerakan yang sedikit pada sekitarnya, ia akan serta-merta bangun.

Jika gangguan itu tidak memberi ancaman, kucing akan menyambung tidurnya dan terus lena serta-merta.

Kecenderungan kucing untuk aktif pada awal pagi dan senja boleh menyebabkan kesusahan kepada pemiliknya. Terutamanya jika kucing tersebut berjaga sepanjang malam menyelongkar isi rumah atau membuat riuh-rendah pada pukul 5 pagi.

Kaedah yang terbaik adalah dengan meletihkan kucing tersebut dengan bermain dengannya pada waktu siang. Ini akan membantunya untuk tidur sepanjang malam.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

6 ulasan:

  1. hai felis!
    terima kasih ats segala nasihat yg d beri.

    saya nak tny la pasal kucing yg saya bela ni... ia manja, tp masalahnye, bila ia sdg bermain ngan saya, ia x pandai nak simpan kukunya. saya selalu jd mangsa cakarannya. abis tgn calar balar... ade ape2 nasihat x? thanks. :)

    BalasPadam
  2. Hi lea,

    Kucing memang akan keluarkan kukunya ketika bermain, cumanya kalau diasuh oleh ibunya, dia takkan keluarkan kuku belakag atau taji tu, dan dia takkan benamkan kuku dia pada tangan kita.

    Kalau saya, biasanya hanya tepuk tangan pada lantai je, bagi dia terkejut. lama-lama dia paham yang dia kena berlembut sikit bila nak terkam tangan atau kaki orang.

    Lain-lain cara yg boleh digunakan di sini.kalau potong kuku kucing boleh kurangkan sikit rasa sakit, tapi tetap sakit la :p atau jangan ajar dia main dgn tangan/kaki, tapi berikan alat mainan.

    atau boleh gunakan SoftPaws, benda ni macam sarung kuku daripada getah, ada di jual di sesetengah pet shop.

    BalasPadam
  3. patutla kucing saya selalu gila- lari2 satu rumah pada setiap magrib dan lepas waktu subuh. selalu jugak dia ajak org main kejar2 dgn dia

    BalasPadam
  4. Salam...
    Nak tya..sy bru je bela anak kucing yg umor 1@2 mggu yg sy jumpa kt blakang umah..sy xde pengalaman bela kucing..so sy nk tya..adakah normal bg anak kucing sy tu tido lama? Coz lepas bg susu..dia tido..kadang2 smpai 5@6 jam...adakah itu memberi tanda yg baik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Deanna, ya itu normal. Anak kucing tidur sama macam kucing dewasa; 2/3 sehari atau 16 jam. Bezanya anak kucing tidur 3-5 jam berterusan berbanding dewasa yang tidur sekejap-sekejap tapi banyak kali.

      Jaga anak kucing piatu/terbiar yang belum cerai susu ni mencabar sikit sebab kebanyakannya berpenyakit.

      Padam
  5. Oh patutlah comot sgt aktif malam2
    Ok2 tq atas info..
    Hahaha nangui..ekekeke
    adoiii tringat pulak ke mandai..

    BalasPadam