Jika anda merancang untuk memelihara kucing luar rumah, anda masih perlu mempunyai bekas pasir untuk beberapa minggu pertama kerana anak kucing perlu diletakkan di dalam rumah sehinggalah mereka menerima vaksin dan sehingga mereka telah bersedia untuk meneroka dunia luar.
Latihan menggunakan bekas pasir yang baik pada peringkat ini amat penting kerana dapat mengelakkan masalah pada masa hadapan.
Catatan ini memberi tumpuan terhadap latihan kepada anak kucing, anda juga boleh membaca bagaimana mengajar kucing dewasa untuk menggunakan kotak najis pada catatan terdahulu.
Memilih bekas pasir dan isiannya
Pilih bekas pasir yang agak dalam dan isian yang halus tetapi tidak berdebu. Kebanyakan kucing menjauhi bekas pasir kerana ia terlalu cetek atau isiannya kasar. Jangan beli pasir yang mempunyai pewangi kerana kucing sering menjauhinya.
Ada sesetengah orang menggunakan cebisan suratkhabar yang dicarik-carik sebagai isian bekas pasir. Saya berbelah bagi dalam hal ini samada ia satu idea yang baik atau tidak.
Tahi anak kucing biasanya lebih cair terutamanya yang berumur kurang 8 minggu dan suratkhabar bukanlah bahan yang baik untuk menyerap cairan pejal sebegini.
Dakwat yang ada pada akhbar juga bertoksik dan boleh dipindahkan ke tapak kaki anak kucing dan akhirnya dihadam jika dia menjilatnya.
Lagipun, saya tidak fikir mengajar anak kucing menggunakan suratkhabar untuk membuang adalah satu idea yang bagus.
Anak kucing akan mula cenderung untuk menggunakan suratkhabar yang ada pada meja atau sofa dan ini bukanlah perilaku yang kita mahu galakkan.
Jika anda masih mahu menggunakan kertas, gunakanlah kertas kosong tanpa dakwat. Jika anda mempunyai peracik kertas itu lebih baik.
Isian kertas seperti ini tidak perlu dicedok, setiap kali anak kucing membuang di situ anda perlu membuang keseluruhan isian dan meletakkan isian yang baru.
Namun begitu, jika anak kucing berumur lebih daripada 8 minggu, gunakanlah pasir gumpal.
Lokasi
Lokasi adalah perkara kedua yang sangat penting. Kucing perlu berasa selesa setiap kali menggunakannya atau dia akan mula mencari lokasi yang lebih tersorok.
Bekas pasir perlu berada di kawasan yang kurang lalulintas di mana terdapat kurang gangguan dan sama sekali tidak setempat dengan kawasan dia minum atau makan.
Kucing kebiasaannya akan menjauhi bekas pasir yang diletakkan berhampiran dengan kawasan dia makan atau kawasan yang sibuk. Jika anda mempunyai lebih daripada seekor kucing, asingkan bekas pasir untuk setiap kucing di lokasi berbeza.
Anda digalakkan untuk meletakkan juga tikar pengalas yang lebar di bawah bekas pasir ini. Anak kucing suka bermain-main dengan isian yang berada di dalam bekas dan ini dapat mengelakkan lantai anda menjadi kotor.
Pengalas juga dapat membendung sisa-sisa isian atau kesan jejak daripada tapak kaki kucing. Jangan menggunakan pengalas karpet 'rumput' atau apa sahaja pengalas yang mempunyai mata runcing kerana kucing tidak menyukainya.
Melatih Anak Kucing
Jika anak kucing masih bersama ibunya, tugas ini menjadi lebih senang kerana anak kucing akan belajar daripada gerak laku ibunya. Anda hanya perlu menunjukkan di mana kotak itu berada dan tugas anda akan selesai.
Tetapi memang secara amnya, mengajar anak kucing adalah lebih mudah kerana kucing mempunyai naluri semulajadi untuk menjadikan kawasan berpasir sebagai tempat untuk membuang.
Jika anda baru sahaja membawa anak kucing pulang ke rumah, bawakan dia ke bekas pasir sebelum membuat perkara-perkara lain. Ini adalah perkara paling mustahak. Letakkan anak kucing di dalamnya dan biarkan dia menghidu atau menguis-nguisnya.
Bawakan anak kucing itu ke bekas pasir dari masa ke masa terutamanya selepas dia makan, bangun dari tidur atau menunjukkan tanda-tanda dia mahu membuang.
Jika dia tidak tahu menggunakannya, anda mungkin perlu menggerakkan kaki hadapannya seperti menguis-nguis untuk merangsangnya.
Jika anda melihat anak kucing menguis-nguis lantai atau menyorokkan diri, ini adalah tanda-tanda dia mahu membuang. Berikan pujian atau ganjaran jika dia berjaya menggunakan bekas pasir itu.
Jika anak kucing anda membuang di tempat lain, pindahkan najis atau lapkan air kencing dan letakkan kain itu ke dalam bekas pasir.
Bau yang ada pada najis dan air kencing itu akan menggalakkan anak kucing untuk menggunakannya pada masa hadapan.
Jika anda melihat anak kucing anda sedang membuang di tempat lain, angkatkannya dan letakkan dalam bekas pasir (berhati-hati jangan sampai meleret-leret pula najisnya!).
Basuh kawasan 'jenayah' itu sebaik-baiknya dengan pencuci berenzim supaya tidak ada bau najis di kawasan itu. Jika tidak, anak kucing akan menganggap kawasan itu sebagai tandasnya kerana masih ada bau najisnya di situ.
Jangan menghukum kucing seperti meletakkan najis pada hidungnya kerana ini hanya akan memburukkan keadaan dengan menambahkan tekanan dan ketakutan kepada kucing.
Ketakutan dan tekanan adalah antara punca yang membawa lebih banyak perilaku yang anda sendiri tidak akan sanggup menghadapinya.
hye felis...
BalasPadamterima kasih dgn artikel ni...
tp masih saya nak tanye...
anak kucing saya,kadang2 saje berak di dlm litter box,kdg2 ikut suka hati die je kat mane2...
ade solution tak?
p/s ::: saya dah link blog ini di blog saya...
terima kasih...
hi Qasiyh, ganas jgk blog awk tu :p
BalasPadamok, berak ikut suka ni ada byk kmungkinan sbnrnya, mengatasinya pun ada beberapa cara jgk. blh tgk kat sini.
haha terima kasih,saya dah ubah tpt litter box dan die pandai dah guna litter box tapi saya perasan anak kucing saya ni x pandai bersihkan diri sendiri lps berak atau kencing x mcm kucing saya yg lg 1...kadang2 bontot die kotor sgt sampai saya terpakse lap...
BalasPadammcm mane nk buat ye?
sy rasa keadaan tu hanya sementara. kebiasaannya kucing memang pandai jaga kebersihan diri kecuali ketika dia sakit. benda ni biasanya berlaku kalau dia takde ibu.
BalasPadamhai awak...saya nak tanye la, dulu saya ada sekor je kucing betina saya bela dia pun dah besar..now dia ada 5 ekor anak..now dah 1 bulan ++ dok dlm sangkar...sekarang diorg semua dah pandai makan... buat masa nie saya belum beli kotak najis buat mereka...kalau mereka berak taik jatuh bawah.. tapi ada sekor nie dia suka berak atas lapik kain...selepas dia berak dia suka makan balik taik dia...kenapa ye jadik mcm tue.. risau plak saya tgk perangai yg sekor tue... kalau xde kain..dia nak berak dlm bekas makanan...fenin plak saya dibuat nye...huhuhuhuu...
BalasPadamsaya ada satu soalan...saya tersalah beli yang litter dia ada perisa strawberry ...macam mana saya nak buat..?? nak beli yang baru takut membazir jer...
BalasPadamaskm..saya nak tanya..normal ke kucing minum susu tepung then dia berak..ke dia sakit??
BalasPadamTidak normal. Kucing tertarik dengan bau lemak pada susu tapi perutnya akan meragam kerana tidak mampu menghadam laktosa.
PadamHello, baby cat saya ade dua ekor and umur 1 month+ saya letak litter box dia cage.. And suddenly dorang makan pasir tu.. Risau!! Ape saya nak buat ye ? Nak ajar dorang itu bukan makanan and itu tmpat utk buang
BalasPadamHai,nak tanye camana nak ajar anak kucing berak dalam tandas???gune pasir ni agak susah..pasir tu berterabur lepas dorg membuang..tiap hari kena cuci lantai..
BalasPadamAnak kucing saya tidak mengambus najisnya selepas membuang najis di dlm bekas pasir. Bagaimana untuk melatihnya menimbus najisnya?
BalasPadamSlm, saya ada seekor anak kucing hutan. Kwn dr pahang yg bri pd saya,ibu nya mati terhempap buah klapa sawit kwn saya tk sampai hati nk biar kucing ni sndrian dihutan memandangkan dia blm buka mata lg ketika tu. Saya pun pd mula nya teragak2 utk trm kucing ni tp kesian plk bila fkir kan kucing yatim piatu ni n Alhamdullilah skrng dia sdah berumur 2 bln. Masalah saya skrng anak kucing saya ni tk pandai guna litter, bila letak di dlm sangkar dia pndai kencing n berak di dlm litter tp bila di lepas kan dia tk pandai n tk tahu nk mencari litter nya bila nk melepas kan hajat nya... pnat saya asyik dok membersihkan kencing n najis nya...😢
BalasPadamsaya tepuk sikit2 kepalanye.. lps tu saya bawa tunjukkan dia litter box.. bru la ok lps tu dia faham saya bgtau dia saya nk ajar dia cara berdikari.. alhamdulillah saya dh ada 5 ekor kucing. yg besar umur 1 thun 2 bulan, no 2. anak pada kucing no.1 yg dh nk masuk 6 bulan.. yg 3 lg kecik lg.. iaitu anak kucing no.1...
Padamsaya nak tanya anak kucing saya suka kencing kat tuala tempat dia tidur so macam mana nak atasinya
BalasPadamSEDIAKAN TEMPAT FAVOURITE DIA PERGI DEKAT DENGAN LITTLE BOX PASIR TU SUPAYA DIA SENANG NAK BERAK.
BalasPadamsaya nak tanya, kalau utk ibu kucing plak mcm mna? dia biasa berak kencing diluar rumah.. tapi baru nak ajar berak guna cat litter mcm mana yaa?? tq
BalasPadamAnak kucing saya pandai berak dekat pasir dia sendiri . Masalahnya setiap kali lepas dia berak saya kena basuh punggung dia . Dia tak jilat punggung dia bersih2 . Bulu tebal senang lekat dekat bulu . Macam mana nak ajar dia ye ? Thank you in advance. 😊
BalasPadamhai, macam mana kalau ada kucing yang sudah mula pandai membuang di dalam litter box, teteapi masih tidak pandai mengambus najisnya. sy x pasti mcm mana nk ajar sbb bila dieorg berak mmg x ditimbus.
BalasPadamSaya nak tanya.. Perlu kah kita lap buntut kucing lepas dia berak. Biarpun lepas dia dah bersih kan pinggung dia.
BalasPadamHiii assalamualaikum, sya ada kucing bengal yg jantan ni kalu dlam kandang dia pandai kencing dlam pasir ti bila di lepaskan dia kencing merata2... (Dia kencing duduk bukan pancit kan kencing dia)
BalasPadamPenat mbersih taik kucing..sekor ok..sekor suke berak mrata2..tiap2 pagi bbyfvbersih
BalasPadam