Peralatan Untuk Mendisiplinkan Kucing

6 ulasan
Peralatan mendisiplinkan kucing

Gunakan botol penyembur air seperti yang digunakan untuk merenjis air pada baju yang digosok, hon dan bahan pencegah lain jika anda melihat kucing anda melakukan sesuatu yang anda tidak suka seperti duduk di atas meja atau dapur.

** Dikemaskini semula pada Disember 2014 mengikut peredaran masa **

Seboleh-bolehnya, jangan biarkan kucing melihat anda yang menyembur air atau membunyikan hon supaya kucing anda mengaitkan gangguan tersebut dilakukan oleh meja atau dapur itu sendiri.

Alat seperti tikar elektrik yang memberikan kesan elektrostatik jika disentuh adalah bagus untuk tujuan ini. Ia mampu mendisiplinkan kucing anda tanpa kehadiran anda.

Tetapi saya hanya menggunakan pita pelekat dwipermukaan yang dikenakan di atas kepingan kadbod dan diletakkan pula atas meja atau mana-mana bahagian perabot. Mudah, murah, berkesan dan paling utama, tidak mencederakan anda atau kucing anda.

Penyembur cegah juga boleh digunakan untuk menjauhkan kucing anda dari tempat yang tertentu. Ia amat berkesan terutamanya kepada anak kucing yang suka bermain-main dan menggigit atau mengunyah kabel elektrik atau telefon.

Kabel elektrik, telefon dan segala peralatan yang mempunyai arus elektrik perlu dijauhkan daripada kucing. Anda hanya perlu menyemburnya sedikit pada kabel tersebut dan biarkan ia kering seketika sebelum memasangnya.

Awas jangan sampai terkena tangan anda kerana baunya akan menjauhkan kucing anda daripada anda. Jika terkena tangan anda perlu membasuhnya dengan sabun sebelum ia kering dan bilas beberapa kali.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

6 ulasan:

  1. Mrs. A ada 2 ekor anak kucing baru yang seekor tu suka sangat naik ke atas meja. Biasanya Mrs. A akan jentik telinga dia atau jeritkan dia. Tapi lepas ni mungkin nak cuba cara letak pita dwi pelekat pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs. A, terima kasih kerana berkunjung ke sini :)

      Padam
  2. me pun tak suka kucing naik atas meja time makan ....Oh boleh guna pelekat ye ....nak try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba, sesuai bila kita tak ada di rumah. Murah dan gamnya taklah bahaya sebab sikit sangat.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Kucing sy telah dimandulkan jumaat lepas. tapi tanda tanda nak mengawan masih ada. dan mengelirukan sy. kenapa yek?

    BalasPadam