Dengkuran kucing adalah unsur yang sangat istimewa bagi kucing. Membelai kucing yang berdengkur ini membawa ketenangan kepada manusia yang membelainya dan menurunkan tekanan darah.
Dengkuran kucing ini telah lama zaman-berzaman membawa senyuman kepada manusia samada tua atau muda. Kucing juga ada digunakan untuk memberi kegembiraan kepada mereka yang berada dalam kesakitan, untuk mereka melupakan kesakitan mereka, atau mungkin juga kesunyian yang melanda.
** Dikemaskini semula pada Mei 2015 mengikut peredaran masa **
Kucing mampu memberikan ini semua, hanya dengan berkelakuan sebagai kucing.
Namun pakar pengkaji telah memerhati dengan khusus fenomena dengkuran ini dan melihat ia bukan sekadar tanda ketenangan atau kesenangan. Kucing juga berdengkur jika mereka cedera, semasa melahirkan anak, malah ketika menghadapi kematian.
Dengkuran ini juga sebagai tanda persahabatan, samada kucing itu senang ketika ditemani atau ketika saat memerlukan seorang teman, sepertimana kucing yang sedang menghadapi masalah.
Kucing mula berdengkur sebelum mereka dapat membuka mata mereka lagi sejak kecil, terutamanya ketika menyusu, dan memberi ketenangan kepada ibu kucing, yang turut juga berdengkur.
Jika ada kelebihan kucing domestik berbanding Raja Rimba dan mana-mana kucing besar yang lain adalah kucing domestik dapat berdengkur tetapi singa, harimau dan lainnya tidak.
Harimau dapat mendengus sebagai tanda persahabatan tetapi hanya ketika menghembus nafas. Tiada keluarga kucing besar dapat berdengkur secara berterusan ketika menyedut dan juga menghembus nafas.
Namun begitu, kucing-kucing besar ini meskipun tidak dapat berdengkur, mereka diberikan satu kelebihan lain, iaitu mengaum. Kucing domestik tidak dapat mengaum, iaitu pada saya lebih baik begitu. Tiada siapa yang mahu membela kucing jika kucing dapat mengaum.
Kucing yang lebih tua juga didapati berdengkur apabila cuba mendekati kucing muda, sebagai tanda dia ingin bersahabat dan berkawan. Jika di klinik haiwan, kucing yang cedera juga berdengkur untuk menenangkan dirinya sendiri.
Anehnya dengkuran ini didapati berhenti jika dia terdengar bunyi air mengalir, seperti air paip di sinki. Kadangkala doktor terpaksa membuka air ini untuk menghentikan sebentar dengkuran kucing kerana sukar untuk mendengar denyutan jantung kucing disebabkan dengkuran itu.
Walaupun kebanyakan pakar dapat mengenalpasti mengapa kucing berdengkur namun mereka belum pasti bagaimana mereka berdengkur.
Pendapat umum mengatakan dengkuran itu berasal dari peti suara yang dipanggil korda vestibular dan melalui struktur inilah yang memberikan dengkuran kucing yang memberi ketenangan kepada manusia. Tapi masih belum ada yang mengetahuinya secara sahih.
Kucing saya selalu berdengkur.. suka sgt kalau dengar dengkuran mereka. Saya rasa ngantuk jer bila kucing berdengkur ditelinga saya.
BalasPadamBetul tu, memang 'khayal' bila dengar kucing berdengkur :p
BalasPadam-i'm a zoologist..sngat berminat nak tahu info2 tntang haiwan..tertarik sngat bila bca ttg alam kucing..huhuhu harap dapat berkongsi ilmu..
BalasPadammemang benar, dengkuran kucing dapat mengurangkan 'stress'.
BalasPadamSaya lebih tenang sekarang dengan kehadiran Shiro Momo ^_^
kuasa Allah...dengkur kucing satu therapy buat saya...semua stress hilang..
BalasPadamsaye ni suke nak bele kuing,saye dgn abg saye,tpi sornag dlm rumah saye anti haiwan (walaupun yg tak berbulu)
BalasPadamiaitu mak saye,agak2,knape mak saye tak bagi bela kucing ek??