Kucing Yang Suka Bercakap

4 ulasan
Kucing mengiau

Sesetengah kucing lebih peramah berbanding lain, malah perwatakan suka bercakap ini adalah yang dicari-cari oleh penggemar kucing Siam dan lain-lain baka Oriental.

Jika anda mempunyai kucing Siam yang bising, nampaknya terpaksalah anda menerima hakikat itu dan hidup dalam keadaan begitu, kerana untuk mengubahnya adalah mustahil. Ibarat mahu menghilangkan belang pada harimau.

** Dikemaskini semula pada Mei 2015 mengikut peredaran masa **

Ada juga kebisingan ini lahir sejak kecil. Anak kucing yang memanggil ibunya jika mahukan sesuatu. Ada juga kebisingan ini dilatih secara tidak langsung oleh manusia, yang diperhatikan oleh kucing.

Jika anda bangun dan melayaninya setiap kali kucing anda meminta sesuatu, seperti mahu makanan atau mahu keluar, atau mahu masuk, anda telah mengajarnya bahawa suaranya merupakan arahan kepada anda, walaupun tengah malam buta.

Jika ini situasinya, maka keadaan ini masih boleh diubah. Jangan penuhi kehendak mereka jika mereka mengiau. Jika anda mula dengan mengabaikan laungannya tetapi mengalah beberapa ketika kemudian, anda hanya mengajarnya bahawa untuk menyuruh anda melakukan sesuatu hanya perlu buat lebih banyak bunyi bising dan bukannya makin kurang.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

4 ulasan:

  1. Thanks 4 adding me on ur blog.
    Bagi saya kucing yg bising adalah kucing yg istimewa. Diwaktu kecemasan kucing2 bermulut bising ini lah yg mengejutkan tuannya dr kemalangan contohnya mengejutkan tuannya dr menjadi mangsa kebakaran. Hebat bukan? Mereka juga bising utk menarik perhatian tuan2 mereka. Oleh itu berbanggalah jika anda memiliki kucing yg bising.

    BalasPadam
  2. tp my cat x suke bising,ble ckp dgn die,die wat derk je.panggil die pon x dtg ape lg mngiau..feram jgk tgok kucing x phm bhs ni lps tu x manja lgsung.garang x tntu pasal pdhal xde plak sejarah didera hu2

    BalasPadam
  3. hi, very interesting blog =), like it very much, just wanna share exp pasal kucing bercakap nih, kucing saya (mix breed dgn persian), memang suka bercakap.. specially bila saya or my hubby balik kerja, dia mesti akan 'membebel' macam2, ikut kami ke pintu bilik tidur, sehingga kami berdua duduk dan menghadap utk dengar apa yg diceritakan.. so funny, even sekarang ni pun dia macam dah ajar anak2 dia utk bercakap dengan kami berdua.. hehehehe neway, if nak tengok kucing saya, u can visit my blog at www.etceterame.blogspot.com. posting "Pet@Memet dan anak2nya".. thanks again for all the informative facts ya?

    BalasPadam
  4. sgt2 suka dgn segala maklumat yg ada dlm ni. penyampaian yg tdk begitu formal olh admin mbuatkannya spt admin sdg berinteraksi dgn pembaca. bonus utk admin ni.. hehe..

    BalasPadam