Kucing Siam

5 ulasan
Kucing siam mendongak

Kucing Siam mudah dikenali melalui matanya yang biru dan warna tompokan pada bahagian telinga, muka, ekor dan kaki yang memberikan tarikan yang berlawanan terhadap badannya yang berwarna cerah.

Kucing Siam berasal dari Thailand, yang suatu masa dahulunya dikenali sebagai kucing Siam eksotik. Ianya mula dieksport pada lewat tahun 1800 ke England sebagai hadiah daripada kerajaan Siam kepada duta England yang kemudian membawanya pulang ke England.

Sejak itu kucing Siam mula mendapat perhatian dan diperkenalkan di pameran kucing di England dan Amerika, seterusnya ke serata dunia.

Dengan ciri-ciri garisan licin, tarikan warna kontra, bahagian kepala yang bergaya bangsawan, mata kebiruan dan kaki yang 'berkasut', kucing Siam nyata kelihatan begitu cantik dan segak.

Kucing Siam juga dianggap antara baka tertua di kalangan kucing lain. Mereka adalah pintar dengan personaliti suka ingin tahu dan cintakan alam sekitar. Kini baka tertua ini adalah antara baka murni yang paling popular.

Satu lagi ciri istimewa kucing Siam adalah suaranya yang masyhur. Mereka merupakan kucing yang peramah dan tidak sepertimana kucing lain mereka berkomunikasi dengan kedua-dua suara dan tubuh mereka.

Kucing Siam juga sangat intim dengan manusia. Mereka suka ditemani dan menghabiskan masa dengan tuan mereka serta gemar duduk di riba manusia.

Kucing siam berehat

Kebanyakan pemilik kucing Siam mendapati kecantikan dan fitrah sosial mereka dengan lapisan bulu pendek yang tidak perlu dibersihkan merupakan tarikan yang tidak dapat diendahkan.

Kucing Siam bersaiz kecil hingga sederhana, tubuh yang ramping dan tampan disusuli dengan susuk dan leher yang panjang dan ekor panjang berbentuk baji.

Tumpuan warna yang utama adalah biru, coklat, ungu muda dan keputih-putihan. Variasi keputih-putihan adalah variasi yang paling dikenali. Variasi ini mempunyai warna perang kekuning-kuningan dan segmen hitam yang ekstrem.

Variasi coklat adalah yang kedua popular dengan warna krim putih pada tubuh dan coklat susu pada segmennya.

Kemudiannya adalah variasi biru dengan tubuh putih kebiruan dengan segmen kelabu kebiruan. Yang terakhir adalah variasi ungu muda iaitu tubuh putih dan segmen merah jambu kekelabuan.

Kucing Siam juga mempunyai mata yang mempesonakan di kalangan kucing lain. Matanya berbentuk badam, berwarna biru, diletakkan pada kedudukan condong yang memberikan pengungkapan bijak, emosi dan bersikap ingin tahu.

Ini adalah ciri terpenting yang meletakkan kucing Siam dalam kelasnya yang tersendiri.

Jika anda tidak berkongsi rencana ini
seekor kucing tidak akan dapat tidur nyenyak :(

© AlamKucing.com
Sila hormati dasar Hakcipta dan Penerbitan Semula kandungan laman ini.

5 ulasan:

  1. saya mmpunyai kucing siam tetapi ekor kucing saya bukan ye memanjang seperti yg diperkatakan di dlm entry ini..tetapi ekornya mengembang seperti ekor kucing parsi..adakah kucing saya kacukan parsi?..

    BalasPadam
  2. kalau betul bakanya kucing siam, awk akan dapat sijil pengesahan. kalau tak ada maknanya ianya adalah baka campuran.

    BalasPadam
  3. kucing saya memang memiliki rupa dan ciri2 di atas...di mana saya boleh dapatkan sijil pengiktirafan...saya tinggal di Melaka...branch berdekatan di sini???

    email saya :

    syahirah88_melaka@yahoo.com

    BalasPadam
  4. saya Alia.Atuk saya membelikan saya seekor kucing siam sebagai hadiah hari jadi.saya hendak tanya sama ada kucing siam saya ni mix persian ka? bulu dia kembang dan lebat la juga.Adakah saya kena mengambil sijil pengiktirafan?Di mana ada tempat untuk mengambil sijil pengiktirafan itu?Saya tinggal di Sungai Petani Kedah.Adakah awak tahu barang apa yang diperlukan oleh kucing siam campur parsi? tolong balas comment saya.

    BalasPadam
  5. Saya mempunyai seekor kicing siam..dan sah kucing siam..mata biru..hidung macam kana arang ja hitam dia..haha..orang baru kasi..masalahnya..sungguh penakut..dukung susah..selalu lari pi sudut atau bawah meja.. makan pun tak mahu... bagaimanakah cara untuk menjinakkan kucing itu,?

    BalasPadam